Wednesday, November 23, 2016

Jalan2 Penang

Assalammualaikum ...
lama dah x update blog ni... malas menjadi2 hahaha.. early this month nekad nak pergi jalan2. So try suggest kat kawan2 diorang setuju, maka bermula la percutian kami berempat iaitu su, ana, dela dan aku. Masa ni kami naik flight booking tiket 3 bulan awal sebab nak dapat harga promo. Flight pukul 7 pagi hari sabtu sebab nak avoid sewa hotel 2 malam dan flight balik pukul 12. Tapi malangnya percaturan tersilap sepatutnya ambil flight balik pukul 10 malam which means sampai KLIA2 pukul 11 so erl masih beroperasi tapi malang nya masa beli tu tak berfikir . First planning park kereta dekat putrajaya sentral sebab parking murah tapi disebab kan tiket balik pukul 12 no erl beroperasi then paksa minta kawan hantar sampai KLIA2. Lepas ni kene take note kalau x nak susah kan orang.



Bergerak 530 pagi dari rumah dan terus refer gate pada skrin.. nasib dh check in online awal seminggu jadi x perlu beratur. Memandangkan x de drop luggage so terus direct tunggu dekat gate. Pukul 6.50 dah dipanggil masuk naik flight. Sampai je sana pkul 8.30 pagi. Masa tu limo dah tunggu hehe ni abang long belanja naik limo.. driver nama daniel sebijik rupa pelumba basikal tapi lagi comel hehe.




Kami menginap di Rope Walk Guest House , tempat ni memang best cume part kongsi bilik air tu ada kurang sikit la sebab x khas untuk laki dan perempuan. View hotel ni cantik dan memang sesuai untuk backpacker. Tapi yang tak menarik nya harga per head bukan per room. Kami kene tambah extra charge padahal bilik yang ditempah memang untuk 4 orang tapi dikatanya harga untuk 3 orang.. suppose harga bilik dah include 4 orang.. wallahualam kalau die tipu nanti jumpa la kat padang mashar nanti huhuhu. Hotel ni memang dekat dengan street art.

 haha hahaha menyibuk je org kt belakang tu kalau x dah cantik gambar ni haha


Haa cite pasal street art jenuh weh, banyak gile street art tapi better kejar yang famous je yang 3d. Kami x sempat nak cari semua sebab sabtu tu hujan jadi kekangan masa dekat situ. Apa yang plan semua x jadi. Nak cari sewa basikal melambak kat sana mana2 ada, nak senang nanti korang tanya je tempat korang menginap tu kat mana nak sewa basikal. Hari per day sewa basikal RM10, kene hati2 ye sebab banyak sangat kereta , aku nyaris2 langgar kereta bukan kereta nak langgar aku hahhaha.


 masa ni ade adik comel tolong amik gambar memang tabik spring kt dia sporting gila sanggup lintas jalan sebab nak tolong amik gambar

  dua lawan satu ..hebat x hahaha


ha ni street art yg famous tu memang ramai beratur nak amik gambar ..take turn hokey

Lepas puas menjelajah street art kami balik ke hotel then rehat2 sampai la pukul 9 okeh hahahah baru nk bergerak ke night market batu feringghi hahaha lewat dah masa ni amik grab car harga RM22, sebab nak naik bas takut x sempat sampai, sampai sana sekejap je, memang banyak benda jual dari a to z. Tapi tak beli apa2 pon sebab x de yang menarik. Dan lagi satu makanan night market mcm pasar malam biasa tiada dijual, hurm sedih kalau nak makan kene pergi makan kan gerai.

Balik dengan hati hampa sebabnya night market pukul 11 dah tutup , asal awal benaq adoi... balik hotel pon guna grab car sebab last bas dari sana pukul 11. Terlepas bas huhuhu. Sampai je kami tidur.





Esok start pukul 9 check out hotel. Hari ahad kami nak jalan2 bukit bendera. Pagi tu memang hujan tapi rezeki sampai sana x hujan dan memang x ramai orang sebab hujan. Memang syukur sangat2, tiket nak masuk RM10 gune mykad dan beratur tunggu giliran nak naik tren. Sampai je kat atas tu boleh nampak seluruh pulau pinang, best nye .. kat atas ni tarikan utama tren, love village dan love chain je yg lain x de lagi.. dan akan datang adalah sky walk masa tu belum siap. Nak masuk love village ni kene RM10 tapi macam x berbaloi sebabnya just untuk cantik photoshot je.


 Dan kami pon turun dari bukit bendera menuju ke miami beach.. fuh mcm best nama nya tapi serious memang cantik tapi sebelum sampai miami beach kitorang berenti makan dekat pantai batu(x ingat batu apa) makan char kueh teow . Dekat sini ramai berenti sebab sedap weh dan murah remonded. Lepas kenyang baru pergi miami beach.. sampai je photoshot hahaha memang x de keje lain hahaha.. sini boleh mandi tapi x best kalu backpacker dan limit masa.


so amacam cantik kan view ..ada mcm photoshot utk pirate caribean tak hahaha

Lepas miami beach pergi bayan lepas cari makan sebelum bertolak naik flight kat sini hanya ronda2 sebelum naik flight. Itu je aktiviti 2 hari yang x berapa nak full hehehe main redah je kan. Maybe next time pergi tempat lain.. Tapi x habis explore tempat makan penang. ok tu je la penat menaip sudah . Bye2

Tuesday, August 30, 2016

Jjcm : The Tappers

Hari ni pon rasa nk review JJCM lagi , kali ni aku pergi try Tappers Cafe. Tappers ni macam ala2 style secret recipe harga pon lebih kurang sama. Tappers pon ada banyak cawangan juga macam secret recipe tapi yang bestnya menu die, mata aku blink2 masa tengok menu dia. Kalau boleh suma aku nak try hahaha untuk first aku try Spaghetti seafood marinara. Masa makan ni aku tak henti-henti nak senyum sedap gila aku cakap part paling aku suka die punye sos , sos dia ni ape yang aku boleh rasa adalah gabungan antara sos carbonara dengan sos bolognese damn gila sedap sebab masam-masam lemak. Untuk pengetahuan korang aku ni bukan la peminat seafood tapi untuk menu ni aku tetiba lupa aku bukan peminat seafood hahaha tapi still aku tak boleh terima sotong hahahaha. Menu yang sangat-sangat recomended mungkin next nak try menu yang lain. Ok yang ni aku bagi 5 bintang hemo-hemo

#nak wink-wink akak office sebab dah gaji boleh la ajak pergi makan 



Monday, August 29, 2016

Diy kad kahwin (detail)

Sebabkan cuaca sedang-sedang sedap mood kerja dah abis siap hahaha so terasa nak bercerita tentang diy kad kahwin. Saja nak berkongsi dengan bakal B2B yelah sekarang ekonomi suam-suam kuku jadi semua nak jimat. Kalau B2B rajin dan banyak masa so boleh la sangat ikut cadangan aku ni hehehe. Seperti korang sedia tau atau tak tau aku ade bisnes kad kahwin alhamdulillah la masih berjalan dan ada la rezeki kami team creative lavender project.

so berbalik pada cerita diy ni.. first korang kene aware tentang AI atau pon adobe illustrator.. ni software the best nak gune diy dan sangat-sangat senang untuk newbies gune



untuk belajar gune AI ni korang just kene tau tentang masukkan tulisan sebab nak tulis nama alamat pengantin and so on. Second thing plak korang kene tau cara nak masukkan map. Tu dua benda penting. Kalau tau dua ni settle dah. 

Lepas dah tau operate AI next step cari design untuk kad kahwin korang, sebenarnya melambak design free yang korang boleh dapat tapi jangan harap custom made sebab bende free kan. Salah satu website yang aku suka gune adalah freepik best gila kat sini korang boleh amik terus design yang dah siap kalau dah pro boleh la amik satu-satu then cantum tapi aku tak recommend sangat sebab nanti korang yang pening hahaha..


ha ni salah satu contoh yang aku jumpa dekat dalam website freepik ni.. korang download dan edit gune AI simple kan.. just tukar je nama tarikh dan boleh tambah ikut suke hati korang.. part yang rumit plak adalah peta dan adjust printing paper nanti. Kalau peta boleh je guna AI lukis semula boleh rujuk dekat sini.. untuk adjust printing plak bergantung pada template yang korang ambil so memang ade wastage paper. Untuk adjust bagi muat-muat paper boleh rujuk disini  dan disini. Untuk lagi mudah awal-awal dah boleh setting masa templete tapi agak melecehkan bagi newbie.. so simple solution just adjust gune kan tutorial harap boleh membantu para-para B2B. Untuk pengetahuan korang AI boleh ubah warna font dan kedudukan templete tapi ni skill upper level. Kalau rajin boleh je search internet melambak tutorial yang disediakan cuma antara faham dengan tak faham. Ok uolls kalau tak faham sila la bertanya kalau aku mampu jawab aku tolong hehehe  aku pon bukan cerdik sangat lagi-lagi part print hehehehe (dalam hati tolong jgn tanya bab print den pon terkial-kial) ~~ till then bye 

Jjcm : thai

Pagi-pagi ni saje nak post makanan sikit.. entry ni dah lama tapi tak sempat nak mengarang haha ni aktiviti jalan-jalan hari jumaat. Almaklumlah jumaat rehat lama haha padahal aku yang buat rehat tu jadi lama. Kali ni kami ke cyberjaya , biasa la penangan rancangan tv3 Jalan-jalan Cari makan tu buat kan kami rasa nak ke Viet thai canteen .. kedai ni dekat area Glomac, Nak tau sila la google hehehe 
ok nak cerita bab makanan dia memang sedap dan murah. Masa ni makan nasi dengan ayam masak butter , kalau nak diikutkan menu ni yang aku pilih ni tak da kene mengena dengan thai atau vietnam hahaha tapi seriously sedap korang kene cuba cume beza sikit dia ade perah limau nipis sikit so butter dan limau nipis ngam gila.. very recommended haha kalau menu lain tu pasti la menu thai atau vietnam yang tak pasti rasa dia.. tapi ade try sup memang superb jugak.. harga pon boleh tahan ..so cik intan bagi 4 bintang hehehe


#p/s: nyummmmmy masih teringat rasa dia