Posts

Showing posts from August, 2012

Ketam Nipah

Image
Sempena masih dibulan mulia ini, nak cerita sikit mengenai makanan faveretku hehe... Ketam nipah masak sweet sour... Emm mmg sedap dan susah gile nak dapat.. Ketam nipah ni x sama dengan ketam bunga. Daging ketam nipah lebih pejal dari ketam bunga dan lebih manis. Ketam nipah ni lebih sesuai di masak gulai kerana tekstur dagingnya yang tidak lembik/hancur lepas dimasak. Ketam ini kebiasaannya digunakan di hotel2 sbb tu kita jarang jumpa. Harga ketam ni pun lebih mahal dari ketam bunga. Ketam ni berat biasanya 3 ekor sahaja dah mencecah 1 kilogram. Hukum mengenai ketam nipah ini mengikut kata2 ulama' yang menqiaskan kepada hukum makan katak adalah haram kerana katak boleh hidup dalam dua alam. Tetapi ketam nipah hanya boleh hidup didarat untuk beberapa jam sahaja, tanpa air ketam ini akan mati. Aku penah simpan ketam ni sehari tp x boleh hidup. Mengikut kata2 ustaz sekiranya ketam ini boleh hidup didarat maka ia haram dimakan. dipetik dari  http://idhamlim.blogspot.com Mereka

Selamat hari raya

Da lama x update blog ni.... dikesempatan ini aku ingin mengucapkan selamat hari raya maaf zahir dan batin p/s: mood sedih .. diluar happy tp didalam tiada siapa yang tahu (nk teman kongsi masalah -.-)

Biskut Cornflakes raye :)

Image
hehe sudah bermulanya minggu biskut2 raya dan minggu berkemas sedunia :D.. Biskut yang wajib ada kt rumah ni adalah biskut cornflakes.. Biasanya biskut ni yang habis dulu .. Ok da malas nk celoteh byk2 sbb da penat buat kuih hari ni.. Jadi nak kongsi resipi ni.. sangat mudah dan yang pasti sedap .. Resipi ni dari orang lain tp x dapat dikesan sbb da terlampau lama digunakan sampi x ingat sape yang punya hehe mohon maaf. gambar ehsan pakcik google.. lebih kurang mcm ni.. hehe malas nk tangkap gambar Bahan-bahannye 4 cawan cornflake diramas 250gm tepung gandum 150gm gula kastor 250gm margerin 2 sudu kecil esen vanilla cara-caranya Putarkan gula dengan margerin sehingga berwarna kuning pucat. Setelah itu masukkan tepung dan conflakes sedikit demi sedikit uli sehingga menjadi doh. Masukkan dalam cawan kertas dan bakar pada suhu 180 darjah celcius selama 20-25 minit.

chocolate cupcakes

Image
yeah .. ni adalah salah satu dari santapan selepas berbuka puasa.. dan bakal jd goodies bag hehehe.. mak dgn abah mkan habis hehehe Bahan-bahan 85gm tepung naik sendiri 55gm gula kaster 55gm margerin lembut (soft margerin) 1 biji telur 1 sudu besar serbuk coklat potongan coklat Cara-cara campurkan kesemua bahan-bahan tadi. Kemudian putarkan sehingga adunan sebati , kembang dan lembut. Setelah itu masukkan adunan dlm acuan dan bakar pada suhu 220 darjah celsius selama 20min. Pastikan oven dipanaskan sebelum adunan dibakar. Siap !

Mari buat Taufu fah :D

Image
Menu setiap kali berbuka pada tahun ini ada taufu fah.. taufu fah ni buatan sendri tau ...Hehehe berlagak plak...cewah.. Korang tau taufu fah ni ape? Meh sini nak tunjukkan.. Bahan-bahan 1 kg kacang soya 6 liter air 50gm tepung jagung 10gm GDL Cara-caranya Rendam kacang soya selama 4 jam dalam air. Ini untuk memudahkan kulit kacang soya dikupas. Selepas itu kacang soya ini dikisar bersama2 6 liter air. Campuran ini dikisar dan ditapis untuk mendapatkan air soya. Air ini kemudiannya dimasak sehingga mendidih. Sementara itu GDL dan tepung jagung dicampurkan dan dicairkan dengan sedikit air. Setelah air soya mendidih , air soya dicampurkan bersama campuran GDL dan tepung jagung. Campuran ini hendaklah ditutup dan dibiarkan sejuk selama 1 jam. Kemudian siap , boleh la dicedok :D ini adalah serbuk GDL ini la rupa selepas 1 jam disejukkan  siap.. hidangkan bersama air gula :D