Diy kad kahwin (detail)

Sebabkan cuaca sedang-sedang sedap mood kerja dah abis siap hahaha so terasa nak bercerita tentang diy kad kahwin. Saja nak berkongsi dengan bakal B2B yelah sekarang ekonomi suam-suam kuku jadi semua nak jimat. Kalau B2B rajin dan banyak masa so boleh la sangat ikut cadangan aku ni hehehe. Seperti korang sedia tau atau tak tau aku ade bisnes kad kahwin alhamdulillah la masih berjalan dan ada la rezeki kami team creative lavender project.

so berbalik pada cerita diy ni.. first korang kene aware tentang AI atau pon adobe illustrator.. ni software the best nak gune diy dan sangat-sangat senang untuk newbies gune



untuk belajar gune AI ni korang just kene tau tentang masukkan tulisan sebab nak tulis nama alamat pengantin and so on. Second thing plak korang kene tau cara nak masukkan map. Tu dua benda penting. Kalau tau dua ni settle dah. 

Lepas dah tau operate AI next step cari design untuk kad kahwin korang, sebenarnya melambak design free yang korang boleh dapat tapi jangan harap custom made sebab bende free kan. Salah satu website yang aku suka gune adalah freepik best gila kat sini korang boleh amik terus design yang dah siap kalau dah pro boleh la amik satu-satu then cantum tapi aku tak recommend sangat sebab nanti korang yang pening hahaha..


ha ni salah satu contoh yang aku jumpa dekat dalam website freepik ni.. korang download dan edit gune AI simple kan.. just tukar je nama tarikh dan boleh tambah ikut suke hati korang.. part yang rumit plak adalah peta dan adjust printing paper nanti. Kalau peta boleh je guna AI lukis semula boleh rujuk dekat sini.. untuk adjust printing plak bergantung pada template yang korang ambil so memang ade wastage paper. Untuk adjust bagi muat-muat paper boleh rujuk disini  dan disini. Untuk lagi mudah awal-awal dah boleh setting masa templete tapi agak melecehkan bagi newbie.. so simple solution just adjust gune kan tutorial harap boleh membantu para-para B2B. Untuk pengetahuan korang AI boleh ubah warna font dan kedudukan templete tapi ni skill upper level. Kalau rajin boleh je search internet melambak tutorial yang disediakan cuma antara faham dengan tak faham. Ok uolls kalau tak faham sila la bertanya kalau aku mampu jawab aku tolong hehehe  aku pon bukan cerdik sangat lagi-lagi part print hehehehe (dalam hati tolong jgn tanya bab print den pon terkial-kial) ~~ till then bye 

Comments

Popular posts from this blog

Mawas ... mitos atau kebenaran?