Posts

First list accomplish

assalammualaikum... lama rasanya x update blog ni.. bila bukak je laptop.. perasaan berkobar2 nk menaip tu membuak2 tiba2 sampai je tang new post tu terus hilang lesap idea nk menaip tu.. hahaha pelik3 tapi kali ni saje nk ku khabar kn pada semua tentang skim graduan huuhu nk tau x ape tu skim graduan...skim graduan ni untuk pemohon yang mahu membeli kereta ,skim ini khas kepada lepasan graduan yang memberikan 100% full loan jadi tidak perlu down payment bagi membeli kereta dan ia juga memudahkan para graduan yang mahu memulakan kerjaya. skim ni sama seperti skim rumah pertama ku lebih kurang.  kepada graduan yang tiada duit untuk down payment amat la digalakkan untuk mengambil skim ini kerana interest rate adalah diantara 3.4%~4% bergantung kepada pihak bank. pemohon hanya memerlukan surat tawaran bekerja, skroll ijazah/diploma dan slip gaji 1 bulan atau bank statement 1/3 bulan .proses ini hanya mengambil masa 2 minggu sekiranya anda lulus anda akan dapat kereta dalam 3/2 har...

Selepas Seminggu Raya

Assalammualaikum kami datang nak beraya~ huhu sudah seminggu kita beraya maka dengan itu diistiharkan tiada lg cuti bg ku uwaaa~ tula cerita orang yang da bekerja.. x macam dulu bila raya pasti aku a orang paling seronok sbb cuti sem lama tuuu... tp sekarang sabar je la. mak aku pulak makin sibuk dengan bisnes dodol lepas raya pun masih ada lg permintaan..huhu x menang tgn tadi baru je dpt tempahan 400 bekas tp mak terpaksa tolak sbbnya x sempat nk siapkan dalam masa 2 minggu alahai sygnya..tp nak buat mcam mana kn, dari buat  disebabkan proses nk mngayam bekas dodol tu mengambil masa oleh itu mak terpaksa tolak sbb hanya mak je yang pandai menganyam bekas tu aku pulak hanya reti buat tapak aje huhu x lepas2 dr dulu haha.. tp siapa yg da rasa dodol mak mmg akan order lg kedai pulak x putus2 buat tempahan setiap minggu ada je permintaan.. alhamdulillah rezeki mak :)

Selamat Hari Raya

Image
Assalammualaikum pejam celik pejam celik ..tinggal dua hari je lagi  bulan ramadhan nk tinggalkan kita cepat sungguh masa berlalu..dan almaklum la hari raya merupakan hari yang paling la sibuk melayan tetamu jadi rasanya baikla amik kesempatan  diwaktu sekarang untuk mengucapkan selamat hari raya kepada semua muslimin dan muslimat di luar sana dan terutamanya yang mengenali diri ini ku susun sepuluh jari memohon ampun dan maaf diatas semua kesilapan samaada sengaja atau x sengaja sesungguhnya diri ni tidak sempurna

Kahwin?

Hurm terasa hangat je tajuk tu kan... hahaha sebenarnya tajuk tu lebih ditujukan pada diri sndiri... mana tidaknya bila umur da menginjak 24 ni mula la ramai yang bertanya da berkahwin ke? adoiyai aku hanya mampu senyum dan mengeleng kepala lebih2 lagi muka aku yg nampak matang sangat ni lagi la orang bertanya pelik sangat ke ? matang ke? hahaha perangai pun kalah bdk sekolah aku muda lg baru 24 tahun cewah..muda la sangat haha tapi hampir 40% kawan2 aku semuanya da berkahwin haha jd mmg ptt la ye umur mcm aku ni ptt da kahwin... emm gitu la gamaknye.. tp idak le kite ikut... bkn kita ni x nak kawin cume kalau bleh nk la bakal suami yg mampu membimbing dunia dan akhirat tak gitu? hahaha harap2 gitu la jdnya.. sesak btul dgn soalan gitu haha.. tmbah lg dengan soalan x de pakwe ke? hahaha tu dia soalan rentetan namanya idak le aku tahu nk menjawabnya hahaha aiyoyoyoy sonyum ajo la tu jo den tau.. hahaha soal jodoh kita serah je pada ALLAH yang maha mengetahui.... setuju~

Doodle

Image
assalammualaikum hehe satu lagi aktiviti masa mengular haha daripada aku terenguk2 menahan tdo baik aku bukak mata aku besar2 untuk buat kartun tomei ni hahaha comel x saya... alala ayu nye nasib la kartun je haha ni da jd hobi terbaru aku selain bawak kereta secara berhemah huhuhuhu berhemah la sangat padahal kereta kt berlakang berderet2 tgu kereta ni lmbt hahaha meh la join buat kartun atau nama lainnya ialah doodle best tu hihi