Kos Bina Rumah part 1: WBLFF

Assalammualaikum... entry ni dh lama aku karang tp msih nk touch up sikit sbb nk berkongi ilmu dengan orang mesti la betul kn..insyaallah betul cume mngkin ni asas je yg aku kongsi kot detail pening plak nnt.. aku pon bkn la terer sgt tp aku sebagai qs nk la kongsi sikit ilmu tentang budget nk buat rumah.. seperti yg semua sedia maklum rumah sekarang harga nya ya ampun nk intai2 pon sakit jantung dibuatnye lg2 rumah area berpotensi tinggi pasaranye usah cakap la hampir cecah jutaan itu pon semi D bukannya banglo..  jd sesiapa yg ada tanah elok la bina rumah sendri sama ada utk diri sendri atau disewakan . Untuk membina sebuah rumah yg pertama sekali adalah budget , dalam kira2 budget apa yang kita perlukan adalah saiz dan bentuk rumah. Selepas itu baru la kita boleh budget. Budget ni penting supaya end cost kita masih dlm range yg kita mahukan..

Budget ni korang boleh asing kepada dua iaitu substructure dengan supersubstructure dimana substructure ini adalah foundation : asas sesebuah rumah


substructure ni pula terbahagi kpd , piling (cerucuk), column stump (yg ni x tau dlm bm sila google hihi) , pad/strip foundation ,ground beam, dan ground slab ( lantai).. dan ada lgi yg detail2 seperti gmbr kt bawah ni


supersubstructure pulak adalah elemen bangunan atas tanah sperti wall (dinding), column (tiang), beam (rasuk), roof beam (rasuk bumbung) rafter(kasau kot hihi) roof tile (penutup bumbung) roof accessories, finishes (cat , jubin, siling), tingkap, pintu dan lain2 

untuk contoh pengiraan budget aku amik contoh sebiji rumah setingkat bentuk 4 segi 10m x 10m (30kaki x 30kaki kot aku fail kaki2 ni hihi) yg ni adalah besar rumah teres tu ..cume bilik 2 je mls nk design rumah sbb aku qs bkn architect hihihi (haha gile besar rumah ni) 

untuk post kali ni aku akan terangkan kerja2 bawah aras tanah (work below lowest floor finish) mungkin ramai yang x tau QS akan kira secara teramat2 la teliti. untuk element Work Below Lowest Floor Finish (WBLFF) ni terbahagi kepada excavate, extra over excavate in rock(kalau ada) , removing material lay dpm ,bliding dan filing hardcore (ni item2 minor untuk kerja2 kecil shj)

ni contoh plan..hehe maaf x cantik .. pkai paint je.. nk cari yg rekabentuk yg mudah x de plak kt pakcik google so buat la sndri .. untuk step pengiraan kita amik center to center maksudnye amik kiraan jalur merah kalau dekat plan dinding tu amik tengah2 .. gmbr atas tu sila abai ye sbb lukis tanpa ikut ukuran hehe jd anggap je selepas dikira akan jd mcm di bwah ni:

WBLFF
mula kita akan belajar kira kuantiti dahulu kita assume mengikut gmbr kt bwh (maaf buruk hihi) dan bkn 9.8m tapi 4.8m 

jadi kita buat table mcm dlm gambar nk nk dpt kn kuantiti bg 3 item excavate, blinding, dpm , concrete, formwork, rebar dan brc . Cara mengira exavation adalah secara m3 hanya perlu mendapatkan panjang, lebar dan dalam .Manakala blinding pula hanya perlu mendapatkan keluasan dan mendarabkan dgn ketebalan blinding yg biasanya 100mm. DPM adalah satu bahan telap air dan cara kiranya adalah keluasan shj. Concrete jln pengiraan hampir sama dengan excation dan cara kira formwork untuk slab hanya la disekeliling shj manakala untuk beam hanya dikedua belah sisi beam. Untuk besi pengiraannye sgt rumit dan aku biasa kira satu2 besi yg ada dlm setiap structure dan nk tunjuk pon akan pening jd aku hnya bagi weightage sebagai rujukan dan boleh dijadikan rujukan utk beli besi.. tp x de la tepat 100% weightage yg aku gune untuk element wblff adalah 150kg/m3 .. utk slab lebih kurg 20kg/m3 dan ia akan berbeza2 kalau salah harap maaf dan juga bergantung pada jurutera. BRC adalah besi kotak2 nnt google ye.. brc ni kira m2 shj.. dan dalam slab ada 2 lapisan brc
dan seterusnya dalam table kita dh dapat apa yang kite perlukan dan boleh keluarkan satu lagi table pricing itu menghargakan



harga2 diatas berubah ikut harga pasaran. jadi harga untuk WBLFF adalah RM 8270.53 bagi keluasan rumah 20m x 20m inilah harga kebiasaan kontraktor. tetapi sperti aku guna nk ubah suai rumah kt kg.. kami biasa upah orang kampung je.. dan harga tidak lari jauh tetapi sekiranya kontraktor memerlukan jentolak harga akan menjadi lebih tinggi kerana kontraktor kampung x de alatan jentolak jd kene sewa jentolak sehari range harga dalam RM400-600 itu hanya harga bagi excavation dan remove shj jd TOTAL kerja2 akan menjadi RM 9470.53 sekiranya sewa jentolak RM600 sehari utk 2 hari (lg luas kwsn rumah lagi byk hari diperlukan).. ok habis cerita ini pon pnjg menjela belum masuk yg kecil2 tu ..k penat bye2


p/s: DPM adalah material telap air halang air meresap dlm bngnn, hardcore adlh lapisan batu kerikil dan blinding adalah lapisan concrete ..kalau x phm sila google >.<  .. ok next post adalah frame

Comments

  1. fuyoooo qs berjaya la akak ni. hahahaha aku dh lama x dgr perkataan tu semua. huh! rindunya nak taking off bangunan. :(

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha berjaya la sgt.. tp betul aku pon rindu nk taking off

      Delete
  2. kak. macam mana nak kira concrete? taking off akak buat tu macam mana

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Mawas ... mitos atau kebenaran?