TENAGA PENGAJAR MUDA UITM 2015

assalammualaikum...
untuk pengetahuan permohonan bagi biasiswa Skim Tenaga Pengajar Muda (TPM) 2015 akan dibuka lagi pada 20 Oktober 2014  sehingga 3 November 2014 nanti. Permohonan wajib dilakukan melalui online. boleh lah isi borang online dihttp://onlineapps.uitm.edu.my/eTPM/. Jadi masih ada masa lagi

Untuk yang kurang mengetahui, skim Tenaga Pengajar Muda (TPM) ni adalah skim biasiswa yang diberikan untuk pengajian peringkat Master dan PhD dan penerimanya akan menjadi pensyarah di UiTM selepas tamat pelajaran. Untuk kedua-dua bidang pengajian, Master & PhD, antara syarat kelayakan untuk memohon adalah CGPA (PNGK) semasa bachelor degree (Ijazah sarjana muda) adalah sekurang-kurangnya 3.00. Bagi permohonan peringkat PhD, jika mereka mengambil Master secara kerja kursus atau dari universiti yang mengamalkan CGPA, mereka juga perlu mendapat 3.00 untuk memohon

Jadi sesiapa yg berminat sila memohon dan semoga berjaya jgn lupa baca pekeliling tpm 2015 sebelum memohon ~~~ gud luck


Comments

Popular posts from this blog

Mawas ... mitos atau kebenaran?