Harta Sepencarian

Assalammalaikum post kali ni adalah rentetan dari post adat pepatih.. aku nk menerangkan sedikit mengenai harta sepencarian supaya kaum wanita lebh mngetahui hak mereka.

Harta sepencarian mengikut syarak ditafsirkan sebagai pemerolehan harta sepanjang tempoh perkahwinan sama ada membabitkan aset cair atau tak cair dan pihak yang memberi sumbangan sama ada secara langsung atau tidak langsung. Tuntutan terhadap harta sepencarian bukanlah dihadkan kepada isteri saja, malah suami juga berhak menuntut harta sepencarian daripada isteri.

Sumbangan secara langsung bermaksud isteri/suami mengeluarkan modal membeli aset ketika didalam tempoh perkahwinan contohnya membeli rumah diatas nama suami/isteri . Rumah ini akan ditafsirkan sebgai harta sepencarian.  Pemilikan ke atas sesuatu harta bukan berdasarkan kepada nama atas harta itu semata-mata kerana nama tertera belum membuktikan dia pemilik sebenar. Hal ni jd mcm ni sbb menjd ketidak adilan sekiranya hak milik sesuatu harta hanya diambil kira berdasarkan nama atas harta itu semata-mata sedangkan pihak satu lagi mungkin menyumbang cuma namanya tidak dinyatakan ke atas harta berkenaan.
Ini bersamaan dengan kes si suami membeli rumah dan isteri membyarnya down payment. Rumah ini akan menjd harta sepencarian. Maka isteri boleh menuntut harta ini walaupun rumah itu di namakan atas nama suami. Begitu jgk hal yg sebaliknya sekiranya si isteri membeli kereta dalam tempoh perkahwinan maka suami turut berhak menuntut nilai kereta ini. Didlm prosedur pembhgian harta sepencarian juga tidak dinyatakan secara tepat dalam hukum syarak. Dan didlm kes sbnr mungkin akan terjdi ketidak adilan sekiranya harta tersebut adalah berbentuk tidak langsung contohnya, sekiranya isteri telah membeli rumah ketika tempoh perkahwinan dan telah membyr dgn duitnya sndri dan rumah tersebut diatas nama suami tanpa melibatkan duit suami tetapi suami tetap berhak untuk menuntut harta ini sbgi harta sepencarian. Dan keputusan ini brgantung kepada mahkamah utk mnentukan. ( plaintiff vs defendant, hal ni sapa kuat dia menang la bergantng pd lawyer )


Di dalam pembahagian harta sepencarian, hukum harta sepencarian tidak dinyata secara jelas. Cuma pembahagian itu dibuat bersandarkan kemaslahatan pihak atas prinsip keadilan dan hak. Mengikut undang2, pembahagian harta sepencarian ke atas seorang isteri ditentukan setakat harta yang diperoleh dalam tempoh perkahwinan. Maka ini menjdikan si suami atau isteri boleh menuntut apa sahaja yg ditafsirkan sbgi harta sepencarian.

terasa panjang lebar sungguh penerangan aku ni kalau nk tahu dngn lebih mendalam sila la pg google atau dlm web mahamah syariah. biasanya hal ni menjd serius sekiranya kita si isteri tidak paham dan si suami sgt cerdik huhuh.. ini bkn la imaginasi aku semata-mata tetapi keadaan ini telah berlaku pada sepupu dan sedara sndri. maka aku ingin berkongsi pglmn dengan anda semua .keadaan ini aku telah pun mmberi cdgn langkah berjaga2 dlm post yg lepas sila la tgk dlm http://steps013.blogspot.com/2013/11/adat-pepatih.html? maka diharap post ini dpt mencerahkan apa2 yg gelap hihihi

Comments

Popular posts from this blog

Mawas ... mitos atau kebenaran?