Satay goreng @ chicken popcorn with crusher run gravy

hehehe... salam semua.. hari ni hari last kuliah di uitm perak ... rasa sebak pon ada.. tp pling ketara adalah rasa lega sebab semua assigment dan task telah berjaya disiapkan ..huhu masing2 da mula beransur2 balik ke kampung halaman sempena cuti study week.. 

atas permintaan sahabatku... resipi satay goreng tidak lg menjadi rahsia... hasil ehsan azma tuan empunye resipi terima kasih la byk2 ye... sedap sgt satay goreng ni..


bahan-bahannya:

ayam yg telah dipotong dadu (1 ekor)
jintan manis ( 2 sudu besar serbuk dan 3 sudu besar sangar)
jintan putih ( 2 sudu besar )
serbuk ketumbar ( 3 sudu besar)
halia ( 1/2 jari )
bwg putih (1 labu)
bwg merah ( 5 ulas)
gula / madu  ( 100gm)
gula melaka ( 50gm)
(gula boleh dicampur mengunakan madu
untuk rasa yg lebih enak)
garam secukup rasa
1/2 jari kunyit hidup ( boleh cmpur sedikit serbuk kunyit untuk warna)
serai ( 4 batang)

agaran kuantiti bahan2 mengikut jumlah
ayam ( ikut citarasa anda)

cara-caranya:

bahan-bahan diatas dicampurkan 
bawang putih dan merah serta halia dan serai hendaklah ditumbuk 
dahulu atau diblend
kemudian lumurkan dan gaulkan bahan2 yg dicampur tadi kepada ayam
pastikan ayam digaul rata bersama bahan2 tadi dan diperap semalaman
kemudian boleh digoreng mngunakan minyak 
sedia dihidang :)
harap dapat membantu anda

Comments

Popular posts from this blog

Mawas ... mitos atau kebenaran?