wedding

agak2 ape korg akan pikir kalu baca tajuk ni?
suke ? gembira? teruja? atau takut?
kalu aku la yg jawab .. aku akan jawab takut dulu baru suka...
emmm bab kahwin ni bkn hal yang mudah.. nk mendirikan masjid la katakan
tanggungjawab besar sebagai seorang isteri dan tmbah pula jika da dpt baby
aku ada terbaca dekat satu blog ni.. ape yg dikata kn itu benar belaka
emmm ..

cube kite fikir la.. lepas kahwin mesti duit habis dgn majlis kahwin kn.. bg suami kite  mesti pening sikit
sbb tggunggan da bertambah.. jd perancangan tu perlu.. jd first year kahwin tu kalu boleh jimat2 la dan mase tu la tahun honeymoon.. dimana korg berdua je.. bkn nk kata kite menolak rezeki yg diberikan allah tp kite perlu merancang.. tp kalu da rezeki terima la dgn penuh kesyukuran ..

sila la baca :)

Tapi tup-tup si isteri mengandung - bunting pelamin. Si suami memang gembira tak terkata, pada masa yang sama mungkin pening kepala fikir mana nak cari duit lebih. Sebab awal-awal dulu janji, "abang akan cuba tunaikan segala permintaan ayang". Hah sudah, nak cari duit untuk ayang ikut mana, duit untuk baby ikut mana (hak ni baca slang kedah noh). Bila dah mengandung, holiday kemana,midnight movie kemana. Mana taknya, si isteri kerja muntah, pening kepala. Makan je muntah, makan je muntah. Pastu tak boleh berdiri lama-lama, tak boleh itu tak boleh ini. Yang si suami dok pening sebab si isteri nampak barang baby comel-comel belaka....semua nak beli! Barang baby bukan murah. 


Tak payah cerita barang baby lah, kos bersalin kalau kat private hospital kurang-kurang RM10k kena ada dalam tangan. Kalau pergi private lah. Kos penjagaan ibu selepas bersalin lagi..packageberurut sekarang 2 minggu, RM2k...tak murah beb. Bab ni kau tak payah cerita zaman mak kau, tak payah cerita zaman nenek kau sebab kau tak hidup zaman tu, kita sekarang hidup zaman millennium, tahun 2011, lagi 27 hari masuk tahun 2012



Dah la baru je halal nak buat itu ini bersama..dah kena fikir semua ni..nanti dah beranak, sibuk ngan anak, kerja lagi, tak banyak masa kualiti untuk bersama pulak (credit to liana)

Comments

Popular posts from this blog

Mawas ... mitos atau kebenaran?