tekanan darah rendah..adakah ia merbahaya?

emmm entry kali ni aku nk bercerita mengenai tekanan darah rendah
pelikkan ..biasa kite selalu dengar pnyakit tekanan darah tinggi..ayah aku mengidap penyakit ni
tapi alhamdulillah dah x mengidap lg penyakit ni

dulu aku tertanya2 ape sebenarnye penyakit ni..dan kenapa tiada ubat
penyakit ini tidak la merbahaya bg pengidapnye .. dan aku adalah salah sorgnye
meh aku aku ulas dengan lebih lanjut

Apa itu Tekanan Darah Rendah ?
Tekanan darah rendah (hypotension) ialah istilah perubatan untuk tekanan darah dengan bacaan di bawah paras 90/60 mm Hg. Simtom-simtom seperti gelap mata dan mudah pitam adalah tanda bahawa darah tidak sampai ke otak dalam jumlah yang mencukupi.Tekanan darah rendah (hipotensi) adalah keadaan tekanan darah yang lebih rendah dari tekanan yang diperlukan oleh tubuh, sehingga setiap organ dari badan tidak mendapat aliran darah yang cukup dan menyebabkan timbulnya gejala hipotensi. Tekanan darah seseorang adalah berbeza. Ini kerana ia membabitkan kawalan utama otak, jantung, buah pinggang dan ransangan di dalam salur darah

Gejala Tekanan Darah Rendah
Bagi penghidap tekanan darah rendah, mereka tidak akan menunjukkan tanda mereka mempunyai penyakit tekanan darah rendah. Mereka akan menunjukkan gejala atau tanda-tanda awal seperti:-
  • cepat lelah
  • pening kepala ketika posisi badan berubah
  • sukar untuk berkonsentrasi
  • mata berkunang-kunang
  • mual
  • kulit berasa dingin, pucat dan lembap
  • pernafasan cepat dan pendek
  • defresi
  • cepat haus
Sekiranya seseorang itu hendak hamil, mereka digalakkan untuk membuat pemeriksaan terlebih dahulu sebelum hamil. Ini kerana ia adalah untuk mengelakkan berlaku komplikasi pada bayi itu nanti.

Jika tekanan darah rendah, darah tidak dapat dipam ke organ badan dengan efektif. Sebagai contoh, jika tekanan darah tidak sampai ke otak dengan secukupnya, otak tidak menerima oksigen dan nutrien yang ia kehendaki menyebabkan seseorang itu terasa pening, melayang dan hendak pitam. Ini sering dialami bila seseorang itu bangun dari duduk atau baring kerana kebanyakan darah berkumpul di bahagian bawah badan. Kebiasaannya, badan akan terus menyesuaikan keadaan ini sehingga kita tidak akan merasai apa-apa perbezaan. Tetapi seseorang yang sudah rendah tekanan darah tidak dapat memberi respons yang sepatutnya dan akan mengalami simtom yang tersebut diatas.
Antara penyebab tekanan darah yang rendah termasuk kekurangan volum darah, iaitu jumlah cecair mengalir dalam saluran darah yang boleh terjadi seperti dalam kes trauma atau perdarahan tidak terkawal ketika pembedahan, dehidrasi yang akan mengurangkan kandungan cecair dalam badan boleh berlaku dalam kes muntah yang teruk, cirit-birit atau demam tinggi. Masalah jantung seperti kadar jantung yang rendah atau terlalu cepat, otot-otot jantung yang lemah boleh menurunkan tekanan darah.
Jika apa yang saudari alami rasa pening atau hendak pitam bila bertukar kedudukan seperti penjelasan di atas dan tidak mengalami apa-apa masalah yang lain, anda mempunyai keadaan yang dipanggil tekanan darah rendah ortostatik ('orthostatic hypotension' atau ia juga dikenali sebagai 'postural hypotension'). Keadaan tidak ada rawatan kerana tekanan darah akan pulih bila anda duduk atau baring kembali. Cuma anda harus berhati-hati - jangan bangun dengan cepat, lakukan ia dengan perlahan-lahan supaya badan dapat menyesuaikan tekanan darah kepada posisi yang baru.
Bagaimanapun anda perlu mendapatkan pendapat pakar untuk meneliti simptom dengan keseluruhannya, kerana ada juga masalah lain seperti ketumbuhan atau penyakit di otak yang boleh menyebabkan simptom sama.

dipetik dari wikipedia

Comments

Popular posts from this blog

Mawas ... mitos atau kebenaran?