Ketam Nipah
Sempena masih dibulan mulia ini, nak cerita sikit mengenai makanan faveretku hehe... Ketam nipah masak sweet sour... Emm mmg sedap dan susah gile nak dapat.. Ketam nipah ni x sama dengan ketam bunga. Daging ketam nipah lebih pejal dari ketam bunga dan lebih manis. Ketam nipah ni lebih sesuai di masak gulai kerana tekstur dagingnya yang tidak lembik/hancur lepas dimasak. Ketam ini kebiasaannya digunakan di hotel2 sbb tu kita jarang jumpa. Harga ketam ni pun lebih mahal dari ketam bunga. Ketam ni berat biasanya 3 ekor sahaja dah mencecah 1 kilogram. Hukum mengenai ketam nipah ini mengikut kata2 ulama' yang menqiaskan kepada hukum makan katak adalah haram kerana katak boleh hidup dalam dua alam. Tetapi ketam nipah hanya boleh hidup didarat untuk beberapa jam sahaja, tanpa air ketam ini akan mati. Aku penah simpan ketam ni sehari tp x boleh hidup. Mengikut kata2 ustaz sekiranya ketam ini boleh hidup didarat maka ia haram dimakan. dipetik dari http://idhamlim.blogspot.com Mereka ...