Review : Lipstick Victoria Secret Lipstain Cream Valvet Matte

Dah lama x update kat sini. Sejap Cik Epal active tiba-tiba terasa nak update something untuk kegunaan orang lain. Actually aku tak suka pakai lipstick. Aku pakai lipstick kalau ada meeting atau ada majlis formal sahaja. Tapi sejak bergelar isteri aku start pakai lipstick sebab aku jumpa lipstick yang aku perkenan di hati. Dah lama aku cari lipstick yang kekal lama even though kau makan macam2 tapi tak rasa melekit macam gam atau tebal. Last year aku try akak aku punya lipstick sebab tengok dia pakai cantik, then wow aku rasa bibir aku ringan lepas tu teksture die smooth sangat. Then terus aku cari kedai Victoria Secret kat Ikea Cheras. Masa tu pergi sana tengok ada promosi beli 2 percuma 1, Mr.H cakap beli la dua dia belanja. Haha apa lagi rembat la 3 warna Desire , Obsessed & Knock Out. Seriously ini la lipstick the best bagi aku sebab bibir aku jenis kering dan memang tak sesuai pakai matte. Tapi lipstick victoria secret ni tak ada isu bibir mengelupas.




ni dua warna aku selalu pakai satu merah mak ngah satu lagi merah pink2 gitu. Duan-dua ni warna favret tapi aku selalu pakai yang belah kiri untuk harian



ni rupa sebelum aku pakai lipstick. nampak kusam je kan, bibir aku memang jenis gelap bukan jenis pinkish-pinkish tu. Tapi sesuai la untuk kulit aku yg tidak berapa nak cerah


ha comel tak.. haha perasan sendiri . Ni gambar aku tangkap sebelum pergi kerja. 


yang ni gmbar selepas makan hahaha, kenyang. Time ni dah pudar sikit warna pastu aku x touch up pon lipstick sebab malas hahaha. Tapi ok la kan still kekal warna nya. Kalu nak hilang kan lipstick ni senang je sapu pakai tisu je. Tak yah nak tenyek sangat, kalau pakai make up remover lagi senang tanggal. Ok sekian review tata





Comments

Popular posts from this blog

Mawas ... mitos atau kebenaran?