23 Jun 2018

Ada apa dengan 23 jun 2018? its my wedding day yeay. Setelah lama menyepi terasa nak berkongsi hari bahagia aku. Sesiapa yang rapat dengan aku confirm tau liku-liku perjalanan hidup aku, banyak duka dari suka. Kalau setakat kenal memang ramai yang tak tahu tiba-tiba aku nak kahwin dah. Aku jenis suka pendam dan bukan jenis open to everybody mungkin orang akan judge aku sombong tapi this is me and im very comfortable actually. 

Aku kenal dengan Mr.H dari ofismate kenal 8 bulan Mr.H bawak family datang merisik. Tak ada majlis apa pon. Hanya ade dua family, family dia dan family aku. Cincin disarungkan ke tangan aku. Masa tu perasaan berdebar dah. Simple but meaningful. Dari segi istilah agama aku telah pon bertunang. Dari segi adat aku dah kene risik. Kami bersepakat memilih tarikh 23 jun 2018 iaitu 4 bulan selepas merisik. Pantaskan? tapi tu semua ketentuan Allah. Sampai sekarang rasa macam eh kite dah kawin he hahahaha. Kalau Allah dah kata Kun fayakun.

Nak cerita pasal majlis kahwin banyak jugak hura hara liku-liku selokoh tajam cerun curam hahaha... weh tak mudah rupanya nak kahwin ni. Kepada bakal pengantin sila prepared mental ye. Sebulan sebelum kahwin aku dah settle kan semua persiapan dalam masa 4 bulan. 4 bulan sebelum majlis aku roughly catat ape yang aku nak dan ape yang aku perlu sediakan. Nak kata majlis aku ni majlis bajet tak jugak. Untuk majlis sahaja aku dah abis kan duit 15ribu complete semua tak de hidden charge termasuk la hantaran. Aku ni QS jadi faham sangat dah nilai duit ni. Sedaya upaya aku cuba cut cost kat mana-mana aku boleh cut. 

Untuk Khemah & makanan (400pax) : RM 8000
 Bunga telur, goodies bag & lain-lain: RM 2000
Pelamin & Baju (sanding & nikah) : RM 3000
Hantaran : RM 2000

Macam tu lah lebih kurang aliran matawang huhu. Mahal sungguh nak kahwin. Tapi sebenarnya kalau diikutkan boleh je panggil orang datang makan yang total kos akan jadi 10ribu tapi disebabkan nak jugak merasa suk atas pelamin kan hik2. Sekali seumur hidup pon jadi lah walaupun simple. Bagi aku dah murah dah pakej pelamin , baju dan makeup harga macam tu. Baju nikah pon sekali dengan pakej dan boleh simpan jadi hak milik sendiri tau. Bleh la usha-usha facebook/instagram Nurul primadona (kak nurul) tapi makeup die aku suka memang sesuai dengan muka aku nampak neutral sangat. Nak cerita detail banyak sangat dan tak terasa aku punya majlis ni bleh dijadikan contoh majlis bajet tapi boleh la dikatakan sederhana sebab aku tak panggil ramai orang pon. Orang-orang kampung , sedara mara dan kawan-kawan. Mana-mana kawan yang aku jemput tu untung la korang sebab ramai je aku tak jemput sebab buat kecik-kecik. Lagipon sedara aku terlampau la banyak huhu jadi dahulu kan la sedara mara kan.. sampai yang sampai aku tak kenal pon ada hahahaha. mak ngah belah mana ni mak.. ni mak ngah belah atok sedara belah nenek kau .. plak dah bleh jadi kepala pusing ni hahaha



ni masa nak nikah time tu nak kata aku sedih tak jugak tapi nampak muka aku garang hahahaha.. mana taknya mak pengantin sibuk kesana sini aku dah la nervous duk sorang-sorang atas tu . Dah rase macam permaisuri duk tertongok atas tu hahaha. sampai cameraman bagi signal suh senyum hahahha. Banyak gambar aku diorang cakap macam kahwin paksa hahaha. 



ha yang baju biru dengan putih tu .. itu la Mr. & Mrs. Cupid kitorang hahaha


ha comel tak make up kak nurul ni. cantikkan ...part mata tu ummmm omel-omel huhuhuhu jatuh cinta jap.. tapi untuk makeup lagi rasanya memang tak lah.. lama weh nak makeup cam gini


ni plak pelamin kak nurul. cantik kan.. aku amik tema krim dan hijau. Nampak suci dan murni gitu. 3 dara pinggitan ni la yang ada dari awal sampai abis majlis. Umpama macam bridemaids jugak la walaupun aku tak de dayang-dayang. 


sweet time ni dulu berlima sekarang berenam dah nak tunggu berlapan x tau la bila tu huhuhu tgu yang lain plak .. okebai ~ Mr. & Mrs. H





Comments

Popular posts from this blog

Mawas ... mitos atau kebenaran?