Posts

Showing posts from August, 2016

Jjcm : The Tappers

Image
Hari ni pon rasa nk review JJCM lagi , kali ni aku pergi try Tappers Cafe . Tappers ni macam ala2 style secret recipe harga pon lebih kurang sama. Tappers pon ada banyak cawangan juga macam secret recipe tapi yang bestnya menu die, mata aku blink2 masa tengok menu dia. Kalau boleh suma aku nak try hahaha untuk first aku try Spaghetti seafood marinara. Masa makan ni aku tak henti-henti nak senyum sedap gila aku cakap part paling aku suka die punye sos , sos dia ni ape yang aku boleh rasa adalah gabungan antara sos carbonara dengan sos bolognese damn gila sedap sebab masam-masam lemak. Untuk pengetahuan korang aku ni bukan la peminat seafood tapi untuk menu ni aku tetiba lupa aku bukan peminat seafood hahaha tapi still aku tak boleh terima sotong hahahaha. Menu yang sangat-sangat recomended mungkin next nak try menu yang lain. Ok yang ni aku bagi 5 bintang hemo-hemo #nak wink-wink akak office sebab dah gaji boleh la ajak pergi makan 

Diy kad kahwin (detail)

Image
Sebabkan cuaca sedang-sedang sedap mood kerja dah abis siap hahaha so terasa nak bercerita tentang diy kad kahwin. Saja nak berkongsi dengan bakal B2B yelah sekarang ekonomi suam-suam kuku jadi semua nak jimat. Kalau B2B rajin dan banyak masa so boleh la sangat ikut cadangan aku ni hehehe. Seperti korang sedia tau atau tak tau aku ade bisnes kad kahwin alhamdulillah la masih berjalan dan ada la rezeki kami team creative lavender project. so berbalik pada cerita diy ni.. first korang kene aware tentang AI atau pon adobe illustrator.. ni software the best nak gune diy dan sangat-sangat senang untuk newbies gune untuk belajar gune AI ni korang just kene tau tentang masukkan tulisan sebab nak tulis nama alamat pengantin and so on. Second thing plak korang kene tau cara nak masukkan map. Tu dua benda penting. Kalau tau dua ni settle dah.  Lepas dah tau operate AI next step cari design untuk kad kahwin korang, sebenarnya melambak design free yang korang boleh dapat tapi jan...

Jjcm : thai

Image
Pagi-pagi ni saje nak post makanan sikit.. entry ni dah lama tapi tak sempat nak mengarang haha ni aktiviti jalan-jalan hari jumaat. Almaklumlah jumaat rehat lama haha padahal aku yang buat rehat tu jadi lama. Kali ni kami ke cyberjaya , biasa la penangan rancangan tv3 Jalan-jalan Cari makan tu buat kan kami rasa nak ke Viet thai canteen .. kedai ni dekat area Glomac, Nak tau sila la google hehehe  ok nak cerita bab makanan dia memang sedap dan murah. Masa ni makan nasi dengan ayam masak butter , kalau nak diikutkan menu ni yang aku pilih ni tak da kene mengena dengan thai atau vietnam hahaha tapi seriously sedap korang kene cuba cume beza sikit dia ade perah limau nipis sikit so butter dan limau nipis ngam gila.. very recommended haha kalau menu lain tu pasti la menu thai atau vietnam yang tak pasti rasa dia.. tapi ade try sup memang superb jugak.. harga pon boleh tahan ..so cik intan bagi 4 bintang hehehe #p/s: nyummmmmy masih teringat rasa dia 

Kucing

Image
Hari ni terasa nak merapu-meraban since kerja-kerja aku dah siap dan asyik termenung, hari ni pulak memang takde benda yang urgent jom kita merapu yeah... Korangkan tau aku suka gila dengan kucing, aku ingat semua kucing-kucing aku yang hilang yang mati rasa almost over than 50 ekor kucing haaa ko ado.. dulu rajin gila tulis salasilah kucing padahal bukan sama mak bapak hahaha.. ingat lagi first kucing masa tu umur 6 tahun masa tu bestfriend aku nk pindah rumah dia amanahkan kucing die kat aku ade 3 ekor comel-comel nama dia apot, apok, dan hitam.. aku paling sayang dengan apot sebab ekor die macam arnab. Nak cerita rasa sampi 100 muka surat x abis pasal semua kucing ni hahaha. So just cerita kucing yang terbaru. Sekarang ada 14 ekor , poning kepalo mak den. Ampun kan den mak hehehe . Asal nya ada 2 ekor kucing , acit dengan si dayang . Acit ni datang dari hutan celah mana muncul tak tau la pastu si dayang ni datang dari johor atih bawak balik. 2 ekor ni dah tua.. ibu kucing, nak dij...