QS work

Assalammualaikumm.... post ni sbnrnye dh lama terpendam dlm blog ni.. tetiba terasa nk kongsi tntg kehidupan seorang qs... kebanyakan blog byk dengar cerita tntg doktor dan engineer .. yelah sbb tu profession yg sgt popular, cube tnya budak2 kecik mesti diorg hnya tau tentera, doktor, nurse, cikgu, chef, dan sebagainye tp cuba tnya diorg juruukur bahan tu ape.. silap2 ade yg ckp tukang gubah bunga hahahah... QS ni adalah salah satu profession yg sgt2 tinggi permintaannye... jawatan kosong sentiasa ada... dan lambakan graduan QS masih x memenuhi permintaan terhadap QS nak tau knpe?

Hanya seorang QS shje yg mengetahui kenapa haha cewahh... QS bertanggungjawab keatas cost, material, dan segala asumption sume tu... lebih kurang menteri kewangan la senang cite... QS diperlukan stage pre construction lg, pada awalan QS di perlukan untuk membuat budget sesebuah project ,contoh keadaan client mahu membuat sebuah rumah 3 bilik 2 bilik air 1 ruang tamu 1 dapur dan QS membuat ramalan dan akan mengira apa bahan2 yg diperlukan berapa cost bahan2 dengan upah perkerja utk buat ramalan la konon nye.. keadaaan ni sama dengan kita nk buat sebiji kek.. apa bahan2nya dan kos beli bahan2. Proses ini dinamakan kos analisis dimana ramalan kos membuat sebiji rumah dikeluarkan contoh sebiji rumah RM90k dan proses ini juga bergantung kepada ciri2 rumah yg dikehendaki client nk yg kualiti tinggi atau sederhana .. proses kos analisis mempunyai byk cara dari keluasan sehingga la berapa penghuni.

Proses seterusnya baru la taking off dimana berapa byk bahan2 diperlukan utk membina sebuah rumah contoh berapa pallet batu bata yg diperlukan.. dan ini lah kepakaran QS mengira bahan dari sekecil2 bahan seperti pasir sehingga la ke sebesar2 seperti berapa keping jubin diperlukan utk satu rumah.. Proses taking off ini akan beriringan dgn budget kos.. dimana bahan2 ini akan di kos kn mengikut harga pasaran ditambah dgn upah dan untung.. stage ini dinamakan built up rate .. kos kerja2 seperti melepa simen dinding akan dikira dari kos bahan, kos mesin, kos pekerja dan untung itu semua diambil kira.

Budget cost ini diperlukan untuk memastikan projek tersebut tidak lari dri kos yg sebenarnya.. mcm pembentangan budget malaysia hehe kan dh ckp QS ni mcm menteri kewangan hehehe.. Setelah proses2 diatas selesai baru masuk construction stage.. huhu lama kn proses pre-construction ketika construction proses QS bertanggung jawab mengawal budget dan mngira untung dan rugi .. ketika ini QS akan buat claim dimana setiap kerja yg dilakukan akan dinilai dan mengsahkan nilai kerja2 untuk dibayar kepada pekerja @ contractor. QS contractor dan QS client memainkan peranan penting dimana QS contractor akan mengira kerja2 yg dilakukan manakala QS client akan mengesahkan dan menilai kerja2 contractor dr claim QS contractor

Proses2 diatas akan berlaku berulang2 sehingga la h projek2 selesai.. dan akan diikuti post construction dimana QS akan mengira kembali budget kos yg sbenar dan menyelasaikan.. byk proses yg berlaku pada stage ni sehingga la final account.. nk cerita detail mmg lah byk ini pon dh letih nk celoteh hehe.. takut kluar term2 yg susah difahami jd sebagai ringkasan yg byk kurgnye itulah QS .. jd pd yg memilih kerjaya ni sgt2 la bgus tp perlu byk usaha... dan itu aku akan cite next post.. QS life


Comments

Popular posts from this blog

Mawas ... mitos atau kebenaran?