Sila Berhati2 ! Lebuhraya senawang - pedas

Assalammualaikum... tiba2 terasa nk berkongsi kisah2 yang menyayat hati.. untuk pengetahuan korang.. laluan ni mmg aku lalu setiap kali nk balik kg.. dan laluan ni sgt terkenal dgn kawasan kemalangan.. baru-baru ni satu kemalangan yang melibatkan lori baja dan lori pos laju telah meragut 2 nyawa .. mari la kita sedekahkan al-fatihah pada mereka ini.. laluan ni mmg sgt famous siapa yang lalu sentiasa la berhati-hati ye kawan-kawan.. aku yang dah selalu guna jalan ni pon masih terasa gentar bila sampi di kawasan ni.. ajal dan maut tidak mengenal siapa... moga-moga kita dijauhkan dari musibah jalan raya.. dibawah ni antara2 kemalangan yg mendapat perhatian pihak media .. tetapi banyak lagi kemalangan yg berlaku tidak meragut nyawa

1. 27 Februari 2014
Kemalangan pada 27/2/2014 yang telah meragut 2 nyawa yang melibatkan lori baja dan pos laju

2. 6 December 2013
Kemalangan yang melibatkan 6 buah kenderaan yang meragut 3 nyawa. membabitkan 6 buah kenderaan berhampiran exit Senawang menghala ke Pedas. Kemalangan melibatkan sebuah tanker, trailer, Myvi, Innova dan Kawasaki RR. Driver bas meninggal dunia. Baby dalam Myvi cedera manakala ibunya dan bapanya meninggal dunia. Pemandu trailer selamat. Penunggang motosikal patah kaki

kemalangan lain pada hari yg sama..Tiga kereta Lamborghini hangus terbakar dalam kemalangan di Kilometer 259 Lebuh Raya Utara-Selatan (Plus) kereta ketiga daripada lima kenderaan itu dipercayai terbabas dan melanggar pembahagi jalan di lebuh raya sehingga menyebabkan dua kereta di belakang merempuh kereta itu.

3. 18 Julai 2013
Kemalangan yang meragut 2 nyawa . Sebuah kereta yang dipercayai dipandu laju hilang kawalan lalu merempuh Widayati dan lima orang lain, termasuk dua anaknya, Muhammad Shazwan, 17 dan Mohd Shahir, 11.

4. 26 November 2011
Pemandu kereta jenis Nissan Sentra, Toh Peng Kee, 54, (gambar) maut setelah terbabit dalam kemalangan di KM247 Lebuhraya Utara-Selatan arah Utara berhampiran Plaza Tol Pedas-Linggi dekat sini, awal pagi tadi. Kejadian 4.45 pagi tadi mengakibatkan Toh maut setelah kenderaan yang dinaiki empat pemandu lain terbabas sebelum terjunam ke dalam parit.


5. 10 October 2010
KEJADIAN: Kemalangan yang melibatkan 2 bas, 3 kereta, 1 van dan 1 motosikal yang menyebabkan 13 maut dan 45 cedera. Sebuah bas ekspres dari Melaka menuju ke Kuala Lumpur yang dipercayai dipandu laju terbabas lalu merempuh penghadang jalan, melambung ke laluan bertentangan dan melanggar 1 van, menghempap 2 kereta dan kemudiannya melanggar 1 lagi kereta, 1 bas milik JKM dan sebuah motosikal


Comments

Popular posts from this blog

Mawas ... mitos atau kebenaran?