Harta Sepencarian
Assalammalaikum post kali ni adalah rentetan dari post adat pepatih.. aku nk menerangkan sedikit mengenai harta sepencarian supaya kaum wanita lebh mngetahui hak mereka.
Harta sepencarian mengikut syarak ditafsirkan sebagai
pemerolehan harta sepanjang tempoh perkahwinan sama ada membabitkan aset cair
atau tak cair dan pihak yang memberi sumbangan sama ada secara langsung atau
tidak langsung. Tuntutan terhadap harta sepencarian bukanlah dihadkan kepada
isteri saja, malah suami juga berhak menuntut harta sepencarian daripada
isteri.
Sumbangan secara langsung bermaksud isteri/suami mengeluarkan
modal membeli aset ketika didalam tempoh perkahwinan contohnya membeli rumah
diatas nama suami/isteri . Rumah ini akan ditafsirkan sebgai harta sepencarian.
Pemilikan ke atas sesuatu harta bukan
berdasarkan kepada nama atas harta itu semata-mata kerana nama tertera belum
membuktikan dia pemilik sebenar. Hal ni jd mcm ni sbb menjd ketidak adilan
sekiranya hak milik sesuatu harta hanya diambil kira berdasarkan nama atas
harta itu semata-mata sedangkan pihak satu lagi mungkin menyumbang cuma namanya
tidak dinyatakan ke atas harta berkenaan.
Ini bersamaan dengan kes si suami membeli rumah dan isteri
membyarnya down payment. Rumah ini akan menjd harta sepencarian. Maka isteri
boleh menuntut harta ini walaupun rumah itu di namakan atas nama suami. Begitu
jgk hal yg sebaliknya sekiranya si isteri membeli kereta dalam tempoh
perkahwinan maka suami turut berhak menuntut nilai kereta ini. Didlm prosedur
pembhgian harta sepencarian juga tidak dinyatakan secara tepat dalam hukum
syarak. Dan didlm kes sbnr mungkin akan terjdi ketidak adilan sekiranya harta
tersebut adalah berbentuk tidak langsung contohnya, sekiranya isteri telah
membeli rumah ketika tempoh perkahwinan dan telah membyr dgn duitnya sndri dan
rumah tersebut diatas nama suami tanpa melibatkan duit suami tetapi suami tetap
berhak untuk menuntut harta ini sbgi harta sepencarian. Dan keputusan ini
brgantung kepada mahkamah utk mnentukan. ( plaintiff vs defendant, hal ni sapa
kuat dia menang la bergantng pd lawyer )
Di dalam pembahagian harta sepencarian, hukum harta
sepencarian tidak dinyata secara jelas. Cuma pembahagian itu dibuat
bersandarkan kemaslahatan pihak atas prinsip keadilan dan hak. Mengikut undang2,
pembahagian harta sepencarian ke atas seorang isteri ditentukan setakat harta
yang diperoleh dalam tempoh perkahwinan. Maka ini menjdikan si suami atau
isteri boleh menuntut apa sahaja yg ditafsirkan sbgi harta sepencarian.
terasa panjang lebar sungguh penerangan aku ni kalau nk tahu dngn lebih mendalam sila la pg google atau dlm web mahamah syariah. biasanya hal ni menjd serius sekiranya kita si isteri tidak paham dan si suami sgt cerdik huhuh.. ini bkn la imaginasi aku semata-mata tetapi keadaan ini telah berlaku pada sepupu dan sedara sndri. maka aku ingin berkongsi pglmn dengan anda semua .keadaan ini aku telah pun mmberi cdgn langkah berjaga2 dlm post yg lepas sila la tgk dlm http://steps013.blogspot.com/2013/11/adat-pepatih.html? maka diharap post ini dpt mencerahkan apa2 yg gelap hihihi
Comments
Post a Comment