Adat Pepatih

Assalammualaikum.. lama dah tak menjenguk blog ni kasihan3
hari ni tiba2 terasa nk post tentang adat pepatih.. ramai orang takut dgn adat ni... dan ada jga orang yg bukan org nogori mcm aku takut nk kwin dgn org nogori huhuhu
meh aku terangkan sedikit perihal adat pepatih ni.. 

Kalau bab tanah dan harta pusaka dalam sistem Tanah Adat Perpatih, tanah adat hanya boleh diwariskan kepada anak-anak perempuan sahaja. Kalau kebetulan sebuah keluarga itu hanya ada mempunyai anak lelaki sahaja, yang berhak mewarisi tanah adat keluarga itu ialah anak perempuan dari adik beradik perempuan kepada ibu keluarga itu. (tetapi keadaan ni telah dimoden kan kot sbb skrg sistem faraid kene ikut hukum islam jd walau pun dia hanya ada anak lelaki die ttp dapat tnh tu tidak boleh disangkal lg) Dan seandainya keluarga itu tiada tanah adat dan terdapat seorg anak lelaki dan perempuan maka anak lelaki akan mewarisi kesemua harta yg ada ( bukankah ini tidak adil pada perempuan). Tanah adat ini pula tidak boleh dijual kepada orang lain kecuali kepada ahli suku mereka saja.

Dan dari segi sistem perkahwinan Sistem Tanah Adat Perpatih dikatakan dapat memberi perlindungan kepada kaum wanitanya. Contohnya, kalau berlaku perceraian, tidaklah mereka itu hidup merempat kerana sekurang-kurangnya mereka memiliki tanah. Orang lelaki bila berkahwin dengan wanita Negeri Sembilan, mereka suami isteri akan tinggal di atas tanah adat milik ibu wanita itu dan wanita itu akan mewarisi tanah adat itu sekiranya ibunya meninggal dunia. Lelaki dan isterinya boleh tinggal di dalam rumah mertuanya atau membina rumah berasingan di atas tanah yang sama. Oleh itu apabila berlaku perceraian, lelaki itu akan keluar dari rumah yang dibina di atas tanah adat milik isterinya, sedangkan si isteri terus dapat tinggal di tanah adat itu tanpa menjejaskan kehidupannya. Dengan itu kaum wanita dapat perlindungan dari sistem Tanah Adat Perpatih ini. (keadaan bergini yg sgt ditakuti oleh lelaki kerana rumah yg dibina dgn duit lelaki x boleh dituntut kalau bercerai kelak)


Mengikut ada pepatih semua kebajikan ibubapa si isteri akan dijaga oleh pasangan suami isteri ini. Kelihatannya tanggungjawab untuk menjaga ibubapa dalam masyarakat adat Perpatih terutama semasa mereka tua terletak atas bahu anak perempuan dengan dibantu oleh suaminya. Ini tidak jadi masalah, kerana norma ini telah diterima pakai dengan baik oleh masyarakat adat perpatih. Tidaklah akan menjadi kesalahan dan cacian kalau anak lelaki tidak mengambil berat kebajikan atau tidak menjaga ibubapa mereka. Sebaliknya adalah menjadi kesalahan kalau anak perempuan tidak mahu atau enggan menjaga ibubapa mereka. (Bagi pendapat aku semua anak ada tggjwb utk menjaga ibu bapa masing, byk cantik nk lepas tgn)

Kesimpulan yg boleh aku katakan sebagai orang nogori, adat ni ada yg boleh diikut dan ada yg x perlu diikuti.. seandainya ada adat yg menyalahi hukum agama jd sepatutnya kita mendahulukan hukum agama dari hukum adat. Dan setahu aku di zaman moden ini jrg org ikut adat ni lg kecuali hukum tnah adat yg masih kekal smpi sekarang. Dan bg lelaki di luar sana terpulang lah pada korg nk tkot ke tidak , aku pun x tau nk ckp mcm mne.. nsib la kalau msih ada lg keluarga yg berpegg teguh pd adat.. cuma bg aku dalam kes bercerai lelaki akan keluar rumah tanpa bleh menuntut sebahagian dr rumah tersebut sepatutnya bagus sbb hal ini elakan dr kes cerai berlaku hihihi.. lg pun andai rumah itu dibina bukn guna duit lelaki maka mngikut hukum agama harta sepencarian akan dibhgi sama rata.. bg aku ini idak adil bg perempuan yg kluarkan duit.

huhu terpulang la pada korg... aku x ikot pon adat ni.. cume dr segi tanah adat kite terpaksa ikut.. dan aku juga ada sedikit nasihat tntg pembhgian harta selepas bercerai.  kita tidak dpt jangka hidup kita akan bahgia atau hujan ditgh hari. Mengikut sistem pembahgian harta setelah suami isteri bercerai segala harta pencarian akan dibahagi sama rata. Jika anda telah berkahwin dan anda ingin beli kereta dgn duit adan sendri sewaktu bergelar isteri/suami maka kereta itu automatik menjd harta sepencarian dan perlu dibhgi dua setelah bercerai walaupun anda membelinya dgn duit sendri. huhu takut x? aku sendri pun takot.. dan satu lg kes sekiranya ada berkahwin dan anda mempunyai madu maka sekiranya anda bercerai, harta itu td terpaksa dibahagi sama rata dengan madu anda. Jd kesimpulanya hihi bg aku la .. seblm kahwin aku nk kumpul harta dulu.. sediakan payung sebelum hujan

p/s: dah rasa bru tahu... fobia~


Comments

  1. erk..macam faham macam tak faham la teha...hehehe...tapi bagus..thanks sebab bagi info cenggini..atleast tahu dari tak tahu lgsung..haha...

    ReplyDelete
  2. hehehe mmg pening nk phm... almaklum la berkaitan dgn law... den pn susah nk torang kn huhu

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Mawas ... mitos atau kebenaran?