Petua dahulu kala part 2

Assalammualaikum..
Sudah lama rasanya nk menyambung kembali petua dahulu kala ni tapi x bergerak2 jari n ink menekan keyboard haha. Almaklum penulis blog ni pun manusia jgak kn3.. siapa setuju sila angkat tanggan :D .. banyak yg telah berlaku dalam mencri sinar2 kebahagiaan cewah… hahaha ayat mesti nk power. Ok kembali ke tajuk asal. Petua yg dikongsikan sebelum ni byk menjurus kearah perubatan dan kesihatan kali n ink kongsi mengenai petua kecantikan orang2 dahulu kala


Untuk kulit kelihatan bersih dan  licin - Kadang kita sering mengalami masalah kulit yang mengerutu atau jeragat. Orang zaman dahulu mana ada sabun pencuci muka macam kita ni. Caranya mudah sahaja iaitu cari la pucuk daun pokok jambu batu. Gesek dengan sedikit air sampai hancur dan sapu pada muka buat mcm ala2 masker tp gesek pada muka kira sental daki pada kuli muka gitu.
 
Kulit tumit yang cantik - Kadangkala kepada yang bekerja mengunakan kaki 100% sering mengalami kulit tumit yang pecah x cantik. Ambil buah pinang yang telah masak berwarna oren kupas kulitnya smpi mengeluarkan sedikit air kemudian itu hendaklah digesek pada tumit. Petua ni hendaklah diamalakan sehingga la tumit kembali cantik
Kulit bebas dari jerawat batu - Jerawat batu adalah jerawat yang sangat2 ditakuti. Orang zaman dulu pun mngalami masalah ini. Petuanya sangat ringkas dan adakala susah untuk dipercayai caranya adalah cari batu merah. Kemungkian sekarang susah untuk mencari batu ini, warnanya kemerah- merahan jika ada berada di kampong mungkin mudah untuk anda mencarinya. Batu ini bersaiz kecik kadang2 berada ditepi sungai. Ambil batu ini kemudian digesek pada batu lain seperti batu giling untuk mendapatkan serbuk batu ini. Kalu ditumbuk pun boleh tapi pastikan mendapat serbuk yg sehalus mungkin. Serbuk ini kemudian dicampurkan dengan air dan disapu pada muka. Insyaallah pasti jerawat akan mengecut (confirm jd sbb aku penah try hihi skrg tiada lg jerawat batu cume tgl adik beradik jerawat je)
\
 Rambut lebat dan hitam menawan - Caranya amat mudah santan yang telah diperah jgn amik santan kotak sudah. Lumurkan pada rambut sehingga kulit kepala dan biarkan dalam 5min x silap la hehe. Kemudian bilas. Yang ni aku x amalkan sbb rambut da mmg cukup lebat x nk lebat lg huhu.
p/s: semua petua diatas ni adalah dari mak aku dan telah diguna pakai oleh mak aku dan aku jgk.. tapi anak dia ni malas nk mengamalkan haha


Comments

Popular posts from this blog

Mawas ... mitos atau kebenaran?