Pengalamanku

Assalammualaikum ..
Apakah pengalaman korang dalam memulakan kerjaya.. mungkin ada yang baik terus dapat tawaran selepas kali pertama temuduga dan ada juga yang mendapat tawaran setelah berbelas2 kali temuduga..  dan juga ada yang tidak mendapat sebarang tawaran .. aku pula bagaimana adakah tergolong diantara golongan diatas? Aku tergolong dalam golongan yang mendapat tawaran selepas berbelas kali interview dan telah bekerja dan berhenti setelah dua bulan … first thing orang akan kata adalah aku adalah insan yang tidak reti bersyukur.. ia mmg tidak dinafikan.. dan orang akan kata aku ni seorang yang lemah , itu pun aku x nafikan.. tetapi disini aku cuma ingin bercerita tentang keadaan2 yang membuatkan  aku yang agak penyabar pun boleh sakit jantung kalu duduk situ lama2 hahaha
  1. Situasi ketepatan masa: waktu pejabat bermula 8.3o pg, dan anda x pernah lewat dan sentiasa datang 15min awal. Tiba2 anda dipanggil oleh supervisor dimarahi supaya datang ke pejabat lebih awal sebelum senior smpi membuka pejabat iaitu sebelum pukul 8.00 pg. Comment :Ni gila ke apa x munasabah betul kalu 30min tu dibayar gaji x pe jugak.. last2 aku tercongok sorg2 pg2 buta depan pintu ofis yg x bukak lg.
  2. Situasi kerja luar pengetahuan: Anda dikenalpasti mengetahui mengunakan sesuatu software dan supervisor telah meminta tolong dengan anda untuk mengubah sesuatu drawing engineer dimana pengetahuan anda adalah terhad. Tetapi anda masih mencuba bersungguh2 tetapi kemudiannya anda dimarahi kerana tidak mendapat hasil yang dikehendakinya. Comment : Come on la aku da tolong ini ke balasannye da la bukan bahagian kepakaran aku dari qs turn to engineer mmg x munasabah.. tp at least aku ada hati nk tolong.
  3. Situasi kesuntukan masa: ketika itu anda telah dipanggil dan telah diberi satu tugas tanpa diberitahu tempoh masa yang diberikan. Anda terus melakukan tugasan tersebut tetapi tidak berapa lama selepas itu dia telah meminta kerja yang telah diberi… Comment : ko ingat aku ni robot ke nk siapkan dalam beberapa minit je.. kot sikit x pe la jugak.
  4. Anda telah diminta untuk scan sesuatu mengikut susunan dan anda telah mengikut arahan tersebut tetapi susunan yang diberikan adalah salah anda telah dipersalahkan diatas kecuaian susunan tersebut tanpa mengetahui susunan tersebut salah. Comment : Eh ko yang salah aku plak yang kene.
  5. Situasi hormat menghormati: anda telah mengetuk pintu dan telah mendapat kebenaran ketika anda sedang mengunakan bilik tersebut anda diminta keluar kerana pangilan telifon yg penting. Dan pada kemudian hari2 yg lain anda hendak masuk ke bilik dan anda telah mengetuk bilik tersebut tetapi telah mengetahui senior tersebut sedang berada dalam talian dan anda menunggu beliau tetapi tindakan anda tersebut akhirnya telah di tengking kerana tidak masuk ke dalam bilik. Comment : ko da kenapa mcm mak jemah hilg anak je
  6. Situasi bad mood: anda sedang melakukan tugas tetapi telah dimarahi diatas kesalahan orang lain. Ada ketika anda telah melakukan tugas dengan betul tetapi anda tetap dimarahi. Kerana anda adalah junior, anda perlu mengetahui mood beliau pada ketika itu. Comment : ko ingat ko sorg je yang bad mood boleh la lepaskan kt org lain sesuka hati

Kesimpulannya aku nekad to say good by. Lg2 ditambah dengan masalah luaran lg la aku da x boleh bertahan tp alhamdulillah sekarang lebih baik dr yg dulu

Comments

Popular posts from this blog

Mawas ... mitos atau kebenaran?