Pahitnya tetap ada

Terasa murung sangat... apa yang dirancangkan semuanya tidak menjadi.. terpaksa mengecewakan ramai hati yang mengharap ... mohon mereka mengerti..tetapi susah untuk diceritakan dan tidak mampu untuk berkongsi kekecewaan ini. tiada siapa yang mampu memahami kerana mereka bukan di tempatku~ disaat bahagia ada ketika terasa pahitnya .Kisahnya apabila berjanji tetapi tidak dapat ditunaikan, pasti kita terasa teruk sgt. tetapi terpaksa memungkiri janji demi keutamaan yang pertama dalam hidup. Umpama memilih antara berlian dan permata , dua2 amat berharga dan ada nilainya yang tersendiri tetapi kita akan terpaksa memilih satu shj dan pasti kita akan memilih yang paling bernilai dari yang berharga.. dan nilai itu bergantung kepada diri kita sendiri untuk mentafsir.. mahupun keputusan itu terpaksa dibuat dan walaupun keputusan itu bakal melukakan hati insan lain.. tp nasihatku utamakan la yang telah bersama2 kita dari kecil walaupun terasa pahitnya membuat keputusan sesungguhnya allah itu maha mengetahui

Comments

Popular posts from this blog

Mawas ... mitos atau kebenaran?