Bicara hatiku #3

Assalammualaikum 
hari ni sangat2 la letih macam2 perkara yang berlaku
terasa nak berbicara mengenai apa sahaja yg terlintas di benak hati ni
keinginan hati ni nk bercerita mcam x kesampaian je
haha ayat da mcm sastera pulak

hari ni seperti biasa pagi2 pukul 630 aku akan bergerak menuju ke
destinasi harian  ku.. dan salah satu tmpt pling merbahaya
dekat melaka ini menjadi salah satu laluan harian aku
iaitu di kawasan hutan simpan terendak

hampir setiap minggu akan ada kemalangan dikawasan tersebut
adakalanya hampir setiap hari.. atau mungkin hanya selang
sehari kemalangan terjadi... aku yg masih setahun jagung
dalam pemanduan ni sgt2 takut
tapi setakat ni alhamdulillah masih selamat
seminggu sebelum ni laluan yang aku lalui kereta viva
terbalik masuk dalam semak alhamdulillah pemandunya selamat
selang 3 hari kemudian kereta bertembung dgn kereta
mnyebabkan enjin kereta x rupa enjin lg
dan pemandu selamat.. tetapi pada hari ini
pd pagi td satu lg kemalangan di tempat yg sama
motor langgar motor .. smpi2 je 2 mayat terbaring kaku
telah ditutup rapi dgn kain putih

orang tua2 kata tempat situ keras katanya... kemalangan sentiasa
berlaku sehingga la ada kematian berlaku .. wallahhualam
p/s: berhati2 la di jalan raya biar lambat asal selamat

Comments

Popular posts from this blog

Mawas ... mitos atau kebenaran?