Hokkaido Cupcake dengan Whipping Cream
Assalammualaikum
selamat sejahtera kpd semua semoga sihat dan berhati2
sbb jerebu yg makin teruk ni
tapi dalam keadaan mcm ni aku ada masa nk buat hokkaido cupcake
first time aku mkn dulu mse blaja kt perak itu pon lepas si pka beli
then aku pun beli sbb pernh dgr tntg keenakkan cupcake ni
so bila da msuk mulut terus jatuh cinta
oohh so fluffy gebu lembut x payah ckp la
jd aku pon godek2 internet mencari resipi yg terbaik
yg boleh aku rumuskan ialah ada 2 resipi yg berbeza satu pakai
tepung kastard dan satu lg x pkai tepung kastard
so resipi aku guna ialah guna tepung kastard yg aku peroleh dri Kak Azlita
terima kasih la kongsi resipi ni
Resipi Hokkaido cupcake
Bahan A
55gm tepung kek
20gm tepung kastard
1 sudu teh baking powder
Bahan B
4 biji telur kuning
30gm gula kastor
1 sudu teh esen vanilla
40ml susu segar
40ml minyak jagung
Bahan C
4 biji telur putih
1/4 sudu teh garam
80gm gula kastor
Langkah2 :
1. Bahan A diayak dan diketepikan
2. Pukul Bahan B satu persatu dimulakan dgn telur kuning
dgn gula hingga berwarna kuning pucat mengunakan whisk
atau pada kelajuan rendah . Kemudian masukkan vanilla,
susu dan minyak pukul hingga rata
3. Setelah itu campurkan bahan A yg telah diayak ke dalam
adunan Bahan B dan gaul rata ketepikan
4. Telur putih dan garam dipukul perlahan
sehingga buih2 kecil timbul kemudian gula
dimasukkn sedikit demi sedikit pada kelajuan rendah
dan setelah itu dipukul pada kelajuan tinggi
sehingga kental 'soft peak'
5. Bahan C tadi dibahagikan kepada 3 bahagian . 1/3 dicampurkan
pada adunan Bahan A dan B gaul rata x perlu gaul sgt.
Kemudian baki2 bhgian yg lain diulg serupa.
6. oven mestilah dipanaskn dahulu pada suhu 170 dan dibakar selama
20min - 30min
Resipi whipping cream
Bahan
240ml whipping cream
1 1/2 sudu teh vanilla esen
1 1/2 sudu besar gula
Langkah2:
pukul whipping cream hingga kembang
dan masukkan esen vanilla dan gula gaul rata
Ini la hasilnya yg tidak seberapa huhu
selamat mencuba :)
aku wat x jd mcm kat kdai..kek aku jd bantat..ada resepi tu dorg tipu x ckup detail...kwn aku kata masa wat meringue kene betol2 klu x kek x jd gebu..huhu
ReplyDeletehaha mmg betul pon.. aku pon da kene sbnrnye putar meringue jgn smpi bertanduk2 cukup smpi soft peak je.. lepas tu waktu campur meringue dlm adunan tu kene hati2 jgn terlebih gaul. Lagi satu petua masuk terus sume gula dlm putih telur x yah cmpur dgn kuning telur.
ReplyDelete