Ketam masak masam manis omak den

Best x tajuk ni haha
ni omak den punyo resipi
susah den nk torangkan kalu resipi mak den ni
dio main campak2 jo dalam kuali tu ha
tapi dek kerano kawan den nk resipi den bantai jo la yo

Bahan2 
( kuantiti ikut suka hati ye hehe agak2 
dengan kuantiti ketam)
ketam
cili kering yang dikisar (kalu nk pedas letak byk)
bawang merah & putih ditumbuk
sos tiram
sos cili & tomato
halia dihiris halus ( kalu x nk pun boleh)
air asam jawa (guna kalu x letak sos tomato)
sayur campuran ( kacang pea dan lobak merah)
telur sebiji
air

Cara2
mula2 bersih dahulu ketam tu. Kalu ada telur ketam asing kan dahulu
Setelah itu tumiskan cili kering sehingga naik bau. Masukkan bawang merah dan
putih yg telah ditumbuk tumiskan sesudah itu masukkan sos tiram, cili & tomato.
Kemudian masukkan sedikit air asam jawa untuk bagi rasa masam
dan masukkan halia serta sedikit air. Masukkan ketam yg telah di bersihkan
biarkan atau tutup periuk dan biarkan seketika. Setelah ketam masak
barulah dimasukkan telur ketam dan telur ayam kacau supaya telur pecah. Biarkan seketika
dan boleh dihidang

(gmbar ehsan pakcik google :D )


Comments

Popular posts from this blog

Mawas ... mitos atau kebenaran?