Donut Hot Dog
Assalammualaikum
Da lama x post resipi kt sini.. huhu ari ni nk kongsi resipi donut hot dog
nyum3 sangat2 sedap.. hehe telah diakui oleh mak aku sendiri
resipi ni aku da ubah dari resipi asal dan ternyata seeedaaap hihi
puji diri sendiri pulak haha
senang je sila la try ye
Bahan2 A
3 cawan tepung gandum
2 sudu susu tepung
3 sudu gula
2 sudu butter
2 sudu kecil garam
1/2 cawan air
1 biji telur
Bahan2 B
1/4 cawan air suam
2 sudu kecil gula
2 sudu mauripan
(dicampur bersama dan pastikan campuran berbuih)
hot dog
Cara2nya:
- Tepung gandum, susu tepung, gula dan garam digaul
- kemudian buat lubang di tengah2 adunan dan masukkan air telur dan marjerin.
- bahan b dimasukkan dan diuli sehingga adunan tidak melekit dan melekat pada tangan
- rehatkan adunan tadi tutupkan dengan tuala basah selama 30min
- bentukkan adunan panjang2 untuk dililitkan pada hot dog
- kemudian boleh digoreng dan di hidang
- boleh juga di bakar dalam oven selama 15 min pada 160 darjah celcius
Comments
Post a Comment