Mari buat Taufu fah :D

Menu setiap kali berbuka pada tahun ini ada taufu fah.. taufu fah ni buatan sendri tau ...Hehehe berlagak plak...cewah.. Korang tau taufu fah ni ape? Meh sini nak tunjukkan..



Bahan-bahan
1 kg kacang soya
6 liter air
50gm tepung jagung
10gm GDL

Cara-caranya


Rendam kacang soya selama 4 jam dalam air. Ini untuk memudahkan kulit kacang soya dikupas. Selepas itu kacang soya ini dikisar bersama2 6 liter air. Campuran ini dikisar dan ditapis untuk mendapatkan air soya. Air ini kemudiannya dimasak sehingga mendidih. Sementara itu GDL dan tepung jagung dicampurkan dan dicairkan dengan sedikit air. Setelah air soya mendidih , air soya dicampurkan bersama campuran GDL dan tepung jagung. Campuran ini hendaklah ditutup dan dibiarkan sejuk selama 1 jam. Kemudian siap , boleh la dicedok :D



ini adalah serbuk GDL

ini la rupa selepas 1 jam disejukkan 


siap.. hidangkan bersama air gula :D

Comments

Popular posts from this blog

Mawas ... mitos atau kebenaran?