Ketam Nipah
Sempena masih dibulan mulia ini, nak cerita sikit mengenai makanan faveretku hehe... Ketam nipah masak sweet sour... Emm mmg sedap dan susah gile nak dapat.. Ketam nipah ni x sama dengan ketam bunga. Daging ketam nipah lebih pejal dari ketam bunga dan lebih manis. Ketam nipah ni lebih sesuai di masak gulai kerana tekstur dagingnya yang tidak lembik/hancur lepas dimasak. Ketam ini kebiasaannya digunakan di hotel2 sbb tu kita jarang jumpa. Harga ketam ni pun lebih mahal dari ketam bunga. Ketam ni berat biasanya 3 ekor sahaja dah mencecah 1 kilogram.
Hukum mengenai ketam nipah ini mengikut kata2 ulama' yang menqiaskan kepada hukum makan katak adalah haram kerana katak boleh hidup dalam dua alam. Tetapi ketam nipah hanya boleh hidup didarat untuk beberapa jam sahaja, tanpa air ketam ini akan mati. Aku penah simpan ketam ni sehari tp x boleh hidup. Mengikut kata2 ustaz sekiranya ketam ini boleh hidup didarat maka ia haram dimakan.
dipetik dari http://idhamlim.blogspot.com
Mereka yg mengatakan binatang 2 alam ni haram di makan berdasarkan hadis berikut:
Dr Abdur rahman ibn Utsman menerangkan, “Dihadapan Rasulullah saw seorang tabib memeperagakan semacam ubat dan dia menyebutkan tentang hal katak yg dimasukkan ke dalam ubat itu. Rasulullah saw melarang kita membunuh katak itu.”[HR Ahmad, Abu Daud dan An-Nasa’I]
Sabdanya lagi, “Airnya,(iaitu laut) menyucikan dan halal bangkainya.”
Hadis di atas merujuk kpd hidupan laut. Adapun binatang 2 alam ini tidak termasuk dalam keterangan di atas kerana mereka juga hidup di darat.
Rasulullah saw bersabda, “Dihalalkan utk kita 2 jenis bangkai dan dua jenis darah; ikan dan belalang, hati dan limpa.”
Ulama’ mengqiaskan ikan itu kpd segala jenis hidupan laut yg hanya tinggal di dalam laut/air. Oleh itu, binatang 2 alam tidak termasuk.
Walaupun begitu, perlu kita ketahui bahawa dalam Islam, Bahawa asal setiap sesuatu ciptaan Allah adalah harus. Ia tidak diharamkan melainkan jika ada nash yang sahih lagi sharih (jelas/tegas) dari syari’ yang mengharamkannya. Jika di sana tidak ada nash yang sahih – seperti ada nash tetapi dengan hadis dha’if – atau nash berkenaan sahih tetapi tidak sharih dalam menunjukkan keharamannya, maka hal ini akan kekal atas sifat asalnya sebagai hal yang diharuskan.
Daripada Abi Darda’, Rasulullah saw bersabda, “Apa yang Allah halalkan di dalam KitabNya, maka ia adalah halal. Dan, apa yang Allah haramkan, maka ia adalah haram. Manakala apa yang didiamkan olehNya, maka ia adalah dimaafkan. Oleh itu, terimalah kemaafan dari Allah. Sesungguhnya Allah tidak akan lupa sedikitpun.” Kemudian Rasulullah s.a.w. membaca ayat: “Dan Tuhanmu tidak pelupa.”(Maryam: 64) (HR Al-Hakim, dan dia mensahihkannya dan dikeluarkan oleh al-Bazzar, dia berkata: Sanad yang baik).
Maka, berdasarkan dalil yg dipakai oleh mereka yg mengatakan binatang 2 alam itu haram, kita dapati tidak terdapat satupun yg khusus menunjukkan ke arah keharamannya. Dalil yg paling hampir ialah mengenai katak. Tetapi berdasarkan kaedah yg telah diutarakan, kalau kita menerima hadis ini menunjukkan keharaman, keharaman itu hanyalah ditujukan kepada katak. Mengqiaskannya kpd semua yg hidup 2 alam itu tidak tepat. Sekiranya kita menerima pendpt haramnya binatang 2 alam, mengapa pula kita boleh memakan ketam/kerang yg pada biasanya dijual di pasar2 dalam keadaan hidup. Bukankah itu membutikan binatang ini mampu hidup di atas darat?
Terpulang kepada individu untuk mentafsirkan hukum itu bagaimana. Pendapat aku yang cetek ilmu ni , ketam ini boleh dimakan kerana di dalam Al-Quran mnyatakan haiwan yang haram bagi kita adalah babi, anjing dan bangkai serta yang boleh memudaratkan kesihatan. Wallahhualam

Comments
Post a Comment