Hikayat seribu satu malam

Hikayat Seribu Satu Malam ini adalah buku yang telah dihadiahkan oleh mak kepada aku. Masa tu kalu x silap aku masih berada dalam darjah 3.. Pada ketika itu aku didalam darjah 3, almaklumlah pada umur tu masih rancak nak membaca..  jumpa je kedai aku mesti beli satu buku cerita.. akibat oleh minat aku yang satu ni, mak belikan senaskah buku tebal bertajuk Hikayat Seribu Satu Malam. Buku ni sangat la tebal, dan besar seperti senaskah berita harian dan mengandungi lebih kurang 300 muka surat..buku ni sangat best bagi aku ketika itu. Aku baca berulang2 kali , x pernah jemu.

Hikayat Seribu Satu Malam masih merupakan kisah yang amat popular dan telah diterjemahkan kedalam pelbagai bahasa, pada asalnya cerita ini berasal dari timur tengah iaitu parsi. Pada ketika itu parsi adalah kerajaan islam yang sangat gah. Hikayat Seribu Satu Malam merupakan himpunan kisah2 dari pelbagai negara yang popular, seperti Aladdin, Ali Baba dan Empat puluh Penyamun, Sinbad dan banyak lagi. Kebanyakan kisah popular datang dari hikayat ini.

Hikayat ini bermula apabila sultan Shahryar mengetahui isterinya berlaku curang dan bertindak membunuhnya, lalu pergi mengembara ke kerajaan saudaranya iaitu Sultan Shahrezar. Shahryar murung disebabkan kejadian yang menimpa dirinya, Shahrezar pelik dengan keadaan saudaranya Shahryar. Dan pada suatu hari Shahrezar telah menceritakan kejadian yang sebenar. Disebabkan itu Shahrezar telah bersumpah akan berkahwin dan akan membunuh isterinya pada keesokan harinya. Maka ramai la wanita yang berkahwin dan mati keesokan harinya. Kekejaman ini telah membuatkan wanita2 lari menyelamatkan diri dan hanya tingal 2 orang wanita anak kepada wazir . Shahrezad, seorang anak perempuan wazir yang bijak, membentuk rancangan dan secara sukarela menjadi isteri Shahrezar.
Dengan bantuan adik perempuannya, Dunyazad , Sheherazad menghabiskan berjam-jam setiap malam selepas perkahwinannya dengan maharaja itu, untuk menceritakan hikayat-hikayat kepada baginda. Setiap kali sewaktu subuh, Sheherazad akan berhenti pada bahagian saspens supaya baginda akan menangguhkan hukuman mati ke atasnya kerana ingin mengetahui akhir cerita. Akhirnya, Sheherazad mengurniakan baginda dengan tiga anak lelaki. Oleh sebab baginda telah diyakinkan olehnya akan kesetiaan seorang isteri, maka sumpahan itu dimansuhkan.

Begitu la kisah Hikayat Seribu Satu Malam.. try to read and you will find it is very interesting . Dont judge the book by its cover



Comments

Popular posts from this blog

Mawas ... mitos atau kebenaran?