Hawaiian Pizza !
Akhirnya berjaya jgak buat pizza hasil bantuan dari buku pizza 500 pizzas & flatbreads.. mula2 teruk jgk la tunggang langgang dapur aku buat.. Tp alhamdulillah akhirnya berjaya juga. Best juga buat pizza sendiri sebab kita boleh letak topping yang kita suke dgn sesuka hatinya hahahahahaha (gelak jahat)
Resipi Roti:
125gm tepung roti 160gm tepung biasa
200ml air suam 1 sudu teh yis (mauripan)
1/2 sudu teh madu 1 1/2 sudu teh minyak
3/4 sudu teh garam
langkah-langkah:
campurkan yis , garam dan air kacau. Masukkan campuran tadi dengan minyak dan madu digaul dengan campuran tepung sedikit demi sedikit. Uli atau putar sehingga adunan menjadi lembut dan tidak melekit. Sekiranya masih melekit ditangan uli dengan sedikit tepung sehingga mnjadi doh.Tutup doh dengan kain basah dan tinggalkan selama 1 jam. Doh ditekan dengan jari untuk hasilkan lubang pastikan lubang itu tidak tutup kembali menandakan doh telah bersedia. Kemudian masukkan dlm bekas acuan.
Topping:
Nenas Daging kisar( boleh guna ayam atau daging)
Cendawan butang Mozarella
Chedar Sos spaghetti
Langkah-langkah:
Sapukan diatas roti dengan sos spaghetti ( prego bolognese) kemudian taburkan cheese mozarella dan lapiskan dengan daging kisar. Setelah itu aturkan hirisan nenas dan cendawan diatas daging kisar. Taburkan cheese chedar diatasnya . Bakar pizza pada suhu 240 darjah celsius selama 20 min. Siap !
Comments
Post a Comment