happy hour :D

Hari ni masuk 3 hari berada di rumah.. hari jumaat bertolak dari uitm pukul 4 kerana trafik jam alhamdulillah smpi kt ipoh dlm pukul 630 msih smpat nk kejar bas 645 hehehe .. Dalam perjalanan aku sempat merenung ke luar .. nasib dpt single seat , so anda bebas untuk melihat2 hehehe sangat indah pemandangan yang terbentang.. itu la ciptaan Yang Maha  Agung ..
Maka aku ambil kesempatan ini merenung tntg diri sendri. Mungkin kita x sedar dalam kita asyik complain ini x betul itu x betul.. umpat sana umpat sini, rupanya diri kita ini lebih teruk dri itu.. Kite tau kelemahan dan keburukan orang lain tp kita x tau keburukan diri sendiri. Just berhenti dan berfikir sejenak tentang diri kita dan senaraikan kelemahan dan keburukan diri sendri. Lepas kita senaraikan , fikir macam mane nk ubah atau perbetulkan kembali kelemahan itu. Ini bukan perkara yang sangat mudah, mungkin kita cukup mengenali kelebihan diri sendiri tetapi kita sukar untuk mengenali kekurangan diri kita kn. Dan paling penting untuk mengubah kelemahan itu . Sangat sukar bukan? 
Dalam mengenali diri sendiri kita perlukan orang disekeliling kita, dan kita analisis penerimaan mereka terhadap diri kita. Ada baiknya terguran dan umpatan mereka terhadap kita kerana keadaan itu mengajar dan memberitahu mengenai keburukan kita, anggap itu adalah perkara baik dimana kita dapat mengenali diri kita yang sebenar dan cuba untuk mengubah kepada yang lebih baik. Pengalaman itu menjadikan kita lebih dewasa, tetapi bergantung kepada macam mane kita mengawalnya.

p/s: ambil yang jernih buang yang keroh 

Comments

Popular posts from this blog

Mawas ... mitos atau kebenaran?