kek coklat lembap
teringin nk makan kek... bile pegi kedai kek mata ku mesti membulat tgk kek2 yg cntik dan sedap2 tu ...emmmm bahagia nya kalu kedai itu aku yang punya hahaha... maka aku pon jd bulat mcm kek huhhu.. tba2 trjmpe satu resipi ni .. nk try buat la mcm best je.. time kasih la kepada akak maznah ni mmpu buat aku terliur.. kt sini nk kongsi ape rasepinye hehe
Bahan kek:
1 cawan gula
1 cawan serbuk koko
1 cawan susu cair
1 cawan susu pekat
1 cawan minyak masak
3/4 cawan tepung gandum - diayak
1 sudu kecil soda bikarbonat - diayak
1 sudu kecil baking powder - diayak
3 biji telur - di blender
Cara-cara:
Masak gula, serbuk koko, susu cair, susu pekat dan minyak di
atas api sampai sebati.
ayak tepung, soda dan baking powder.
Telur di blender
Sebatikan ketiga-tiga adunan secara selang seli sebanyak 3
kali dengan spatula.
panaskan periuk kukus
Kukus sampai masak.
Bahan cream cheese frosting:
250g cream cheese -tartura
100 ml whipping cream
1 sudu kecil esen vanilla
1/2 sudu kecil paste lemon
1/2 cawan gula icing (optional) - sy tak letak pon, whipping
cream dah manis
Cara-cara:
Putar whipping cream hingga menjadi kental, ketepikan
Putar cream cheese sehingga berkrim/ lembut
masukkan gula icing, kalo taknak tak payah masukkan
maukkan esen vanilla, lemon paste.
masukkan whipping cream dan gaul sebati.
* potong kek pada 2 bahagian
* lapiskan tengah2 kek dengan cream cheese
* sapaukan di sekeliling kek.
*sejukkan 4-5 jam
Dah siap. Sangat senang tau ;)
Selamat mencuba!
* lapiskan tengah2 kek dengan cream cheese
* sapaukan di sekeliling kek.
*sejukkan 4-5 jam
Dah siap. Sangat senang tau ;)
Selamat mencuba!
Comments
Post a Comment