part 66 : laWak

Assalamualaikum..

Wahai sahabat2 seagama denganku..tolonglah ambil masa 3 minit untuk membaca nota ni.. 3 minit je, tak lama pun..kalau lebih dari 3 minit tu bukan membaca la tu tapi mengeja :)

   Mungkin ada yang pernah baca kisah ni tapi tak salah kalau kita ingatkan sekali lagi..
Dengan nama ALLAH yang Maha pemurah lagi Maha mengasihi..

   Bayangkan benda ni berlaku pada anda..Suatu hari pada masa sembahyang jumaat yang dihadiri oleh lebih 1000 jemaah..tiba2 masuk dua orang lelaki yang menutupi seluruh tubuhnya dengan pakaian hitam.. tak nampak apa Cuma dua biji mata and membawa mesin gun.. lalu salah seorang lelaki itu bertempik.. “Sesiapa yang sanggup Mati kerana ALLAH sila berdiri ditempat kamu” Selepas mendengar amaran lelaki itu maka segeralah bertempairan lari para jemaah itu untuk menyelamatkan diri..daripada jumlah yang 1000 tadi tu hanya tinggal lebih kurang 40 orang sahaja yang masing2 termasuk Pak Imam tu..

    Lelaki yang bertempik tadi segera membuka tutup mukanya lalu melihat kea rah Pak Imam sambil berkata “ok Pak Imam, saya dah halau SEMUA yang hipokrit, sekarang bolehla Pak Imam mulakan sembahyang jumaat” lalu kedua lelaki tersebut berpaling dan berjemaah bersama..

Macammana..adakah anda rasa lawak dengan cerita di atas. Selain terhibur anda fikirkanlah.
    “Lawak kan, dari 1000 orang mengaku dia Islam, hanya 40 orang saja yang betul2 BERIMAN..”
     “Lawak kan, manusia yang mudah lupakan ALLAH bila mengahadapi bahaya.. kedua lelaki hanya membawa mesin gun.. dia tak kata pun nak bunuh..tapi generasi sekarang amat lemah..baru kena ugut terus lari lintang pukang..lupa yang dia tak sembahyang jumaat lagi..”

     “Lawak kan, ada juga yang agamanya Cuma seminggu sahaja..tu pun bila time sembahyang jumaat..tunjuk muka kat orang kampung..ada tu lagi dashsyat setahun 2 kali je..bila time sembahyang raya..”
      “Lawak kan, ramai yang percaya kepada gossip dari apa yang tertulis oleh surat khabar daripada apa yang tercatat dalam al-Quran..”
     “Lawak kan, betapa ramai yang percaya dunia hanya sementara, akhirat adalah tempat yang kekal. Tapi berlumba2 mengeja dunia”
      “Lawak kan, kita boleh bersembang dengan boyfriend/girlfriend berjam2 tapi nak berdoa kepada ALLAH..alahai tak cukup masa”

       Dan lebih lawak lagi, bila kita boleh post banyak thread atau note yang berunsur lawak jenaka kesemua tempat tapi merasa berat nak berkongsi dan nak hantar artikel2 yang berunsur agama Lawak kan??

Kenapa? Gelak tu kan reality..tapi yang paling lawak sekali..berapa orang lepas baca benda ni akan sampaikan kat orang lain..berapa orang yang akan buka thread ni untuk luangkan masa membaca?? Berapa ramai?? So fikir2 kan lah..
(ehsan kepada kawan blog ku )

Comments

Popular posts from this blog

Mawas ... mitos atau kebenaran?