part 48 : whiSper

dalam dunia ni ada banyak jenis manusia
bak kata pepatah
rambut sama hitam hati lain2
dari pepatah tu kita boleh memahami sesuatu
tidak semua manusia itu baik dan jahat
dalam diri manusia ini ada dua bahagian
jahat dan baik
saya juga tidak terkecuali
seperti cerita novel english mr jackle and mr hyde
bahagian baik dan jahat ini didominasikan oleh hati kita
bergantung kepada hati yang menentukan sifat kita
secara semulajadinya yang baik akan mendominasi diri seseorang
tetapi jahat akan menguasai diri sekiranya seseorang itu dikuasai nafsu dan syaitan
dan sebagai orang islam itu la pentingnya iman dalam diri
dimana iman la yang boleh mengawal bahagian jahat manusia
mengapa saya bercerita tentang ini?

sejak kebelakangan ini saya menghabiskan menonton anime
iye saya memang suka menonton anime
dan hari ini saya dapat satu pengajaran yang berguna pada diri saya
apa yang berdiri depan cermin adalah diri saya
dan apa yang didalam diri saya
itu semua hasil dari pilihan saya sendiri
jika saya memilih kearah kejahatan maka saya akan jahat
jika saya memilih kearah kebaikan maka saya akan baik
tapi ketentuan itu boleh berubah2 mengikut kehendak hati masing2
kadangkala kita tidak boleh sentiasa baik
kerana akan ada yang akan mengambil kesempatan diatas kebaikan kita
seperti pepatah buat baik berpada2 buat jahat jangan sekali
memang lumrah dunia dan memang manusia sejak dari azali
dan fitrahnya ada jahat dan baik
cuma bergantung pada kita untuk memilih
disaat ini saya sedar dan saya kini paham diri saya

semuanya ditangan saya
memilih untuk kebaikan diri saya

Comments

Popular posts from this blog

Mawas ... mitos atau kebenaran?