Posts

Showing posts from 2015

Tajuk? tak de

selamat hari jumaat... yihaaaa bermaksud esok sabtu tp aku kerja haha terasa lama gila tak berblogging ( macam la blog famous sangat) . Actually sibuk dengan aktiviti job hunting haha tu namanye nak lompat kerja. Kenapa dan mengapa nak tukar kerja usah la dikhabarkan , masing2 ada reason yg tersendiri. Apa yang aku harapkan adalah yang terbaik untuk diriku hanya DIA sahaja yang mengetahui , kita hanya mampu merancang. Haha itu adalah isu sensitif oit jangan diusik2 hahaha. Nak update sikit GP Homecooking dah tembus luar negeri tu hahaha.. ok la kan dodol mak dah sampi ke johor, selangor dan KL. Alhamdulillah promosi tak de lah kencang mana pon setakat kat blog dan FB .. itu pon tak aktif mane.. cume untuk suai kenal boleh la hahaha .. mana lah tau kot2 famous bleh gak join mak berniaga tinggal kn QS haha itu impian paling besar tu hahaha.. insyaallah rezeki allah kan .. moga2 doa ku dimakbulkan .. ok bai

Bila Syawal Berakhir

Image
Salam hari jumaat.. lamakan x jenguk blog hahaha tajuk pon bila syawal berakhir haha tp cerita pasal aktiviti bulan raya.. nak dijadikan cerita raya kali ni kami beraya ke johor.. x pernah2 satu hari raya kami berjln raya ke johor ni mmg sejarah keluarga la kiranya.. mlm raya kami bakar lemang siap2 nak bawak ke johor untuk atih dan along.. rendang semua bagai lah penuh satu kereta.. tp sumpah x best raya kali ni... perasaan x best .. aku wonder bila ko berjln raya ko best tgk negeri org tp kami x beraya mana2 pon just pg rumah atih je... dan kami yg mmg terbiasa terima tetamu mcm x happening je bila hari ry pertama x sibuk2 nk kluar kn air untuk tetamu.. padahal bile raya sebelum ni masing2 tolak2 suh hidang air hahaha... i got thats feeling "awkward" walaupun penat sebenarnye tp dalam hati atau jiwa seronok meraikan tetamu .. itu la yg dikatakan mulut cakap lain tp hati yg merasai.. dan sambung cerita kami hanya berehat2 di pagi ry lepas smpi di johor  next day akt

Wajah baru Segalanya Baru

assalammualaikum... tajuk mesti nak gempak punya, padahal tak ada benda nak cerita pon.. saja nak tukar header blog sebab nampak kosong je... padahal saja nak test adobe illustrator pegi godek2 pakcik google jumpa plak lambakan vector ai free ape lagi.. aku cilok la gambar kucing dengan frame tu adjust mana patut.. sebab dah bosan tengok header lama kalau nak ikutkan rasanya setiap tahun header blog ni akan berubah.. tak tau la bila nak permanent tu bergantung pada empunya blog leee... sedar x sedar dah nk habis puasa dah.. blog ni pon x berupdate sedih2... mingu dopan dah nak rayo oiii.. taun ni den rayo bandar, tak do kat kampong, jangan datang rayo den nk poie rayo johor .. dah ponat asyik nunggu orang datang rayo .. den ni x do kampong..rumah den tu la kampong x ponah nak raso balik kampong yang biasa korang thrill duduk dalam kete berjam2 kat highway tu.... tahun ni nak ke johor moh le raye... orang balik kampung aku balik bandar haha ok la tu... itu pon sebab akak den x dapat cu

Step 6 : suka2

Image
Salam ramadhan semua alhamdulillah dh masuk seminggu ramadhan. Lately busy gile dgn bisnes dan keje terasa nk give up nk balik kampung ternak ayam. Tapi apa kan daya duniawi ni sekarang semua nak guna duit tak ada yang free.. terpaksa la duduk mengadap claim yang tak seberapa ni.. dengan pulak masalah emosi yang tak menentu kadang2 ribut kadang2 musim bunga.. untuk pengetahun semua aku tengah berjinak2 menceburi bidang bisnes anything about wedding from wedding card, banner, bunting , gift box and so on coming soon. Alhamdulillah setakat ni bisnes ok dapat sambutan menggalakkan seehingga kaki dan tangan dah tak cukup lagi.. Kerana bisnes ni jugak tengah menjinakkan diri kearah design . Dalam post yang lepas aku juga ada buat DIY kad kahwin untuk ofismate dan kali ni buat untuk kawan2 yang akan kahwin x lama lagi.. seronok nye dapat tolong orang.. tapi bad habit aku ialah i get to emotional when involved with design.. cepat nak marah haha memang x boleh nak handle customer lagi.. kalau

TheMakSu.Brand

Image
Assalammualaikum ..  adik2 kakak2 makcik2... meh den nk kobarkan satu prodek baru instant shawl oleh THEMAKSU.BRAND  tudung comel2 sarung aje sudah siap , baru ade 2 jenis tudung yg telah dikeluarkan setakat ini iaitu  Aishah Long Shawl - RM50/pcs Habib instant shawl -RM 50/pcs haa rasa2 kenal x model ni sape hahaha kalau korg pengikut setia blog ni mmg kenal la dia ni kak tini sepupu ku .. die dh publish tudung jenama dia.. material berkualiti , selesa dan mudah dipakai .. acaner kalau berminat boleh la melawat blog themaksu.brand.. cuba la tinjau-tinjau mana tau ada yang berkenan pulak hehehe.. ok la masa sangat suntuk bye2

Gp homecooking: in the making

Image
Assalammualaikum hari ni just nk cerita tentang dodol omak den.. logo pon dh ade yg telah di design kn oleh wani dr creative lavender project sticker pon tempah dr CLP .. dan untuk makluman korang CLP ni adalah bisnes partner ku haha.. so gune khidmat sendiri la x salahkn hihi...  alhamdulillah semakin nk dekat raya ni makin banyak tempahan sampai mak buat sesi kacau dodol seminggu 3 kali huhuu banyak tu... nk cerita pon x banyak sgt .. dan lagi satu GP homecooking pon dah ade fan page facebook tp masih dlm peringkat permulaan masih x byk lgi dlm tu segala info masih x cukup ..insyaallah aku try update dr masa ke semasa almaklum la mak x reti nk facebook ni yg die tau bukak dan baca .. bab tulis taip2 ni mmg x layan la hehe sbb tu korg sgt2 tidak digalakkn untuk msg ke no mak aku tu mmg x berbalas la jawabnye hihihi... plg2 tidak tunggu aku balik umah suh balas tu pon ntah bila aku balik hahahaha... nk buat blog untuk GP homecooking ni mcm malas lg sbb update dlm  blog ni je.. tp an

Shopping di lazada

Image
assalammualaikum... hari ni baru je dapat satu parcel hasil beli belah di lazada hehehe... mula2 survey juga tengok review2 orang yang pernah beli dengan lazada ni.. dari hasil carian mendapati belian pada tahun 2013 kebawah kebanyakan nye tidak berpuas hati dengan perkhidmatan yang ditawarkan oleh lazada.. pergh ayat mcm nk buat tesis rasanya hahaha baca balik skema gile.. namun selepas 2014 kebanyakan masalah terlah diperbaiki tetapi masih terdapat mslh yang timbul jadi kesimpulannya aku berpendapat nk beli barang online dr lazada ni kene dari lazada , sebab dalam lazada ni banyak kedai so aku pon try la order yg disupply oleh lazada tp bukan beli tv la hihihi better beli kedai baru puas hati hahaha.. aku beli jam dan dh dua kali beli dengan lazada jd setakat ni mmg puas hati la first time mmg takut la nk beli sbb byk ckp barang yg terima byk defect , servis penghataran lambat, lepas tu return barang pon susah.. jadi aku try beli dgn lazada . first masa beli tu akan ada email

Handphoneku masuk ward

Image
assalammualaikum .. hari ni nk berkongsi tentang note 3 masuk ward , sebenarnya dh hampir sebulan jugak la hidup tanpa smartphone hahaha terasa jugak masa dulu2 sebelum ada smartphone. Pada asalnye memang cuak jugak la bile note 3 aku x leh charge , try godek2 bile masuk charge tp percent x naik2 handphone panas. Still masa tu x tau lg masalah ape then pg tanya pakcik google hasilnye dpt tau mungkin port charger die rosak sbb note 3 ni sensitif dgn charger yg x original.. ahh sudah tp bile aku try tukar charger hanphone aku akan stop charging bile dah 55% ni buat aku bertambah pelik.. then aku nekad nk hantar kedai dan try cari samsung center yg bukak setiap hari sbb aku hanya boleh pg masa hari x bekerja sahaja dan kebetulan ada samsung center dekat seremban , aku membawa harapan besar bagi handphone aku jgnlah rosak banyak. Hari sabtu lepas aku pg terminal one dekat seremban tingkat 3 x silap la.. pg sana die kata mmg rosak tapi kene diagnose dulu, dan perkara paling gembira adalah h

Step: 5 overthinking

assalammualaikum... hari ni terasa nk menaip , serius memang sangat bosan datang kerja hari ni...pagi2 lagi dah berkobar2 bangun pagi tuk kerja dihari sabtu perghhh bahagia sangat haha.. hari sabtu adalah hari aku jadi bos mihmih.. tempat aku kerja ni kena kerja sabtu tp alternate la, kalau straight mmg aku rasa mcm ayam golek la jawabnye hahaha. Dan bila bosan mula la aku duk memikir yang bukan2 haha, actually aku ni jenis suka pikir in the future tp advance sampai tahap dah tua nanti kadang2 sampai tahap alam barzakh pon ada huhu seram sangat takut amal tak cukup lagi. Dua tahun lepas aku ada planning kehidupan aku selepas graduate degree, mula ingat lepas degree first thing adalah kerja masa tu ingat aku akan kerja sebagai QS berjaya dan maybe nak registered QS haha so after 3 year im gonna gettting married hahaha tu perancangan aku 5 tahun akan dtg masa tu la time tu nampak dunia ni indah je so mmg positive thinking gila la kan ..tp sekarang ni aku masih juga berjaya menjadi QS tap

Creative Lavender Project

Image
ehem.. asssalammualaikum..  lama jugak la x update asyik stalker blog je hihihi, mood berkarya tu masih belum ada ahaks bunyi glamor tak tahan... post kali ni nk bagitau dan nk promosi bisnes kami (wink2) dulu hanya pernah berangan je nk design kad kahwin tp x sangka pulak akhirnya ada bisnes sendiri walaupun aku hanya menyumbangkan idea design tp at least rasa tu kesampaian akhirnya.. x lama pun merancang rasanya ada jugak la 5 bulan start bisnes ni dan alhamdulillah setakat ni ada la dua tiga pelanggan itu logo bisnes kami.. kami ni hanya ada 4 org dan tugas aku lebih pd akaun sepadan sgt la dgn QS ni hahaha x kn lari dari mengira .. pada asalnya bisnes lebih pada kad kahwin tp dh berkembang kpd wedding box, banner, sticker, tagging, flyer dan prop pon ada jgk.. kalau ada pelamin dan khemah mmg boleh dah jd wedding planner hihihi..alhamdulillah waktu umur muda ni dh ada bisnes walaupun kecik tp puas hati sbb buat benda yg kita suka .. ni antara

step : 4

hari ni satu insiden terjadi lagi .. dan terbukti la kesabaran aku diduga.. banyak betul masalah dan aku rasa fedup dah semua ni.. ni semua tentang kerja.. aku pun manusia jugak kadang2 masalah kerja tu adalah rutin bg aku lg2 bila dah pilih profession QS.. tapi satu lagi yang aku sedar tentang diri aku ..iaitu aku seorang yg jenis cepat marah.. tapi aku juga penyabar.. bila bekerja sebagai QS kita akan ada byk masalah dan aku ada masalah dengan site bila supervisor tak boleh bagi komitmen pada kerja yg akan menyebabkan aku akan bermasalah .. limit sabar aku ada dua kali.. aku cakap sekali orang x dengar aku ok, kali dua ok lagi tapi kali ketiga aku temperature aku akan start naik.. biasanya aku akan automatik pas dekat orang lain tuk cakap.. then ari ni procedur tangani krisis kemarahan aku ni melencong plak.. ari ni aku terlepas marah.. aku sangat2 x suka bila terlepas marah ni.. sbb aku jenis over marah lepas tu aku akan rasa bersalah dan rasa bodoh.. pada aku selagi boleh diam aku

Diy kad kahwin

Image
Assalammualaikum... post hari ni mungkin bagus untuk bakal pengantin or known as B2B hehe.. kad kahwin ni sgt penting untuk menjemput tetamu meraikan korang dalam majlis yag berbahagia tu.. sebenarnya post ni 2 tahun yang lepas hihi baru teringat tentang post ni.. berbalik kisah sebenar DIY ni.. ex ofismate tu nk kahwin tp budget kecik.. mula2 kitorg cari kedai kad yg ada jual kad yang dah siap tapi kosong seperti gambar ehsan pakcik google ni .. masa beli tu lebih kurang harga kad 0.23sen dan kami dapat free sampul surat ..murah jugak la .. dan design kad tu lebih kurang mcm gmbr kedua tp kerawang tu x de warne cume corak timbul je.. dan ada tulis walimatul urus lengkap.. kami terus ke kilang pencetakkan mintak cetakkan nama pengantin atas kad tu dan x silap kalau hot stamping 0.15sen sekeping untuk 2 nama kalau biasa dia amik 0.02sen sekeping. untuk bahagian dalam aku tolong buatkan nnt boleh print atas kertas A4 dan tampal je dekat tetulang kad so settle la kad kahwin so

JJCM review: Kings Char Kuew Teow

Image
assalammualaikum ok x sabar nk cerita minggu lepas .. ni sume terjadi lepas memasing tergoda dgn JJCM sabtu lepas, asal rancangan nk pergi pasar malam masjid tanah tapi akhirnya ke Port Dickson kami.. Kami bertiga je meredah. Sebenarnya agak lama juga la tak datang PD..dulu selalu je main2 kat sini. Disebabkan JJCM kali ni ke PD jadi mmg pucuk dicita ulam mendatang gitu hahaha.. nama kedai ni Kings Char Kuew Teow.. kedai ni dulu tak da , nk kata baru tak de la baru sgt.. rupa2 senang sgt nk cari kedai ni kalau dari melaka lalu Linggi jalan kg jln terus2 smpi di T junction traffic light sblh kanan.. tak jauh dr traffic light sblm stesen petronas.. kalau dri highway lukut jln smpi jumpe Hotel Seri malaysia cari stesen petronas, dlm 500m jumpa la kedai ni.. masa kitorg dtg meja hanya tinggal 3 je yang kosong , memang nasib kami baik  sbb kedai ni penuh almaklumlah tgh td baru keluar tv hihi.. menu kt sini yg utama mmg char kuew teow la, lps tu chicken chop, ikan bakar, kerang bakar, so

Kos Bina Rumah Part 3 : Roof , wall & Finishes

Image
assalammualaikum ok nk habis kn cerita pasal buat rumah.. walaupun x berapa sihat tp x nk dh simpan cerita ni.. nnt x habis2 plak duk simpan je dlm draft post yg lepas dh selesai part wblff dgn frame kali ni tntg roof dan finishes.. cara mengira roof ni ada 2 satu detail dan satu lgi lump sum iaitu kira overall je... tp better kira satu2.. tp sgt2 rumit sbnrnye dan aku x de contoh structure tuk bumbung nk bg kira.. dlm structure bumbung ada purlin, rafter, batten , joist , roof cover.. boleh tgk gmbr dkt bawah ni.. yg ni jenis timber structure tp skrg byk gune steel structure dan utk pricing ni aku akan bg harga steel structure dan roof tile untuk mengira steel structure ni hanya kira cover area m2 dan untuk roof tile korg kene kira ikut theorem pythgoras kalau x reti google aje hihi.. roof tile ni cover bhgian mendatar segi tiga .. jd cari total m2.. dri plan asal ada 8 keping permukaan yg sama bentuk. utk mngira wall pula caranya kira length center to center dan darab dgn ketin

step : 3

assalammualaikum... minggu ni dan minggu2 yg lepas adalah minggu emosi bg aku.. lepas part keje part hidup plak.. nk hidup bkn senang nk mati pon bkn senang.. dulu masa sekolah pikir susahnya la belajar ni susah la sekolah ni.. x nk sekolah.. dah masuk univesity pon pikir susahnya nk grad lepas grad keje plak pon bende sama berulang susahnya nk keje.. dh keje plak part kawin ..susahnya la nk kwin.. nk cri pasangan.. dh dpt nk kawin plak.. nk kenduri pkai duit..susahnye~~.. lepas kawin nk pikir hidup masa kawin plak nk survive berdua..dulu sorg2 makan pakai ikut suka hati , kadang2 x sarapan pon boleh..tp lepas kawin kene pikir pasangan.. dah kawin pikir anak plak.. nk pikir sara dan didik ank.. nnt dh ada ank dan dh bsr nk jaga plak.. mmg susah bila pikir hidup ni .. org2 dh mula mengata engkau bila nk kahwin? haa bila lagi ni? dan bukan aku je mak pon kene soalan bila nk menantu? memandangkan kami adik beradik sume perempuan soalan tu dh kira wajib ditnya pada kami ni.. tp aku nk jawa

Luahan hati 2

salahkah jika ingin lebih maju..salahkah jika ingin lebih berjy..salahkah jika ingin lebih dr apa yg ada... salahkah jika ingin menjadi lebih baik dr smlm..adakah itu boleh dilabel sbgi tidak bersyukur...adakah itu boleh dikira lupa daratan.. adakah itu boleh dicop sbgi kacang lupakan kulit.. salah ke... aku sgt bersyukur dgn apa yg ada skrg.. ada kerjaya ada keluarga. Aku sgt berterima kasih pd insan2 yg pernah membantu aku yg memberikan kerja yg memberi gaji pada aku...syukur kehadrat illahi atas rezeki yg telah dilimpahkan keatas hambanya yg hina ini.. mmg apa yg ada ini sgt mencukupi utk hidup aku skrg sgt sempurna... tp jgn lupa kite bkn berseorangan .. aku juga ada kluarga, sanggupkah korg tgk mak yg susah payah membesarkn korg hnya melihat org lain pg haji..berbaju cantik..mkn mewah... mmg kita ini ptt bersyukur dgn apa yg dan perlu hidup sederhana ..tp islam x menghalang hambanya utk berusaha.. rezeki, jodoh dan maut itu ditgn tuhan korg hnya perlu berusaha dan bertawakal... ak

step : 2

assalammualaikum .. aiyoo aku masih mengantuk lg .. pg2 dh ngantuk ape cite babe haha ari ni sabtu aku keje , company aku ni sabtu kene kerja alternate.. alhamdulillah la x straight keje kalau x lembik la aku ari ahad je cuti.. menagis air mata darah kt situ.. tp kalau masyuk berbaloi jgk la haaa nmpak x mata duitan kt situ kih3.. itu lumrah dunia kalau kita mengejar atau mengkehendaki lebih maka kita perlu berkorban lebih mcm tu la citenye.. konsep ni pon sama masa kita belajar kimia, sesuatu perlu untuk mendapatkan sesuatu yg lain umpama hidrogen tmbh oksigen akan dpt air.. air x kn tiba wujud gitu..haha rindu plak dgn kimia walaupun aku x perform dlm kimia.. konsep balance atau kesamarataan tu penting dlm hidup yelah jika gaji setakat seribu then workload 24jam rasa2 semua x sanggup kot.. kalau gaji 10ribu keje 24jam plus dgn bertggjwb ke atas berpuluh2 org bawahan that is value for money..haha itu term economy mana ada majikan yg nk byr 10ribu tuk keje senang goyang kaki kan..melai

Kos Bina Rumah part 2 : Frame

Image
assalammualaikum.. kali ni nak sambung part 2 kira-kira kos kerja2 membina tapak sudah selesai selepas ini kita akan pergi ke bahagian frame. Frame ni adalah elemen yang terpenting dalam membina ruma frame diibaratkan tulang dalam badan manusia . Frame bermaksud kerangka, dan terbahagi kepada column( tiang) dan beam (rasuk) . Pengiraan kali ni masih merujuk pada bentuk rumah dlm post part 1  boleh tgk blik post yg lepas sila abaikan lukisan yg x ikut spec yg sebenar ni dan bkn 9.8m tp 4.8m shj (tersilap) ..saiz sume tu aku main hentam kromo.. jgn plak nnt buat rumah ikut size mmg kes naya nnt aku x bersalah ye..  lepas dh ade saiz dan boleh la dikira dan dimasuk kn dlm jadual seperti dibawah.. assume tinggi bangunan adalah 3m . Dalam jadual ini kita akan kira brape m3 concrete, formwork dan besi yg kita akan guna.. cara kira concrete m3 shj formwork adalah seperti dalam gambar, cara kira fomrwork column adalah dgn mengira perimeter dan di darab dengan tinggi column manakala formwor

Kos Bina Rumah part 1: WBLFF

Image
Assalammualaikum... entry ni dh lama aku karang tp msih nk touch up sikit sbb nk berkongi ilmu dengan orang mesti la betul kn..insyaallah betul cume mngkin ni asas je yg aku kongsi kot detail pening plak nnt.. aku pon bkn la terer sgt tp aku sebagai qs nk la kongsi sikit ilmu tentang budget nk buat rumah.. seperti yg semua sedia maklum rumah sekarang harga nya ya ampun nk intai2 pon sakit jantung dibuatnye lg2 rumah area berpotensi tinggi pasaranye usah cakap la hampir cecah jutaan itu pon semi D bukannya banglo..  jd sesiapa yg ada tanah elok la bina rumah sendri sama ada utk diri sendri atau disewakan . Untuk membina sebuah rumah yg pertama sekali adalah budget , dalam kira2 budget apa yang kita perlukan adalah saiz dan bentuk rumah. Selepas itu baru la kita boleh budget. Budget ni penting supaya end cost kita masih dlm range yg kita mahukan.. Budget ni korang boleh asing kepada dua iaitu substructure dengan supersubstructure dimana substructure ini adalah foundation : asas sesebu

step :1

zzZZzzzz mata ku makin layu ni... bkn bosan bkn ape cume mmg mata ni berat nk bukak.. jd cri jln jgn mata ni tertutup.. nk tgk drawing makin tutup sbb makin pening kepala ni, tgk claim lg aku berpusing mata ni..tiba2 eh ni ape? eh aku buat ke ni ? mcm mna figure ni bleh wujud ek? tu petanda aku dah mereng hihihi tgk facebook bosan dh.. tgk instagram pon bosan.. tgl cik blog ni je la.. jadi nk menaip plak .. almaklumlah dh petang2 gini aku duk pikir nk balik je ni.. jgn contohi aku seorg pekerja yg x berdedikasi.. td tghari duk melayan bdk ofismate yg last day hari ni.. sedihnya kwn2 aku sume dh berenti tinggal la aku seorang sob3 jgn tinggal daku... ops tu bkn bermakna aku keje sorg2 cume kwn2 perempuan dh x de yg lain sume laki2.. laki2 ni x best buat kawan.. yela nk gosip dgn diorg ni x syok sbb diorg bkn phm perasaan pempuan pon.. kt ofis ni bdk2 laki aku buli je huahuahua (tanduk dh terserlah) bdk laki x leh ngam bab touching2 ni hihihi.. aiyoo kne survive sndri la jawabnye... tp m

madah jumaat

usah peduli dengan kata2 orang usah gentar dengan ugutannya walaupun ramai yg menghina walaupun ramai yg mencaci sesungguhnya manusia itu tidak sempurna sesungguhnya itu adalah cabaran buat mu jgn goyah dengan pendirianmu jgn takut dengan keyakinanmu setiap manusia itu tidak akan lari dari melakukan kesalahan kerana setiap kesalahan itu akan diiringi dengan kejayaan perbaikilah setiap kelemahan utk menjadi yg terbaik teruslah maju kehadapan dan usah lah kau bersedih kerana diantara mereka berjuta masih ada yg menyokongmu

Luahan Hati #1

hari ni hatiku mendung walaupun kt luar panas terik... cuaca skrg x menentu sama dengan hati aku ni.. aku pon x tau mana salah mana silapnya tp terasa semua x betul... dah banyak kali muhasabah diri tp kali ni x berkesan... semua org aku cari luahkan yg terbuku dihati tp masih x cukup.. kdg2 aku sendiri x phm dengan diri aku sendri aiyooo mcm mana ... hahaha dalam2 mendung ni aku nk juga ketawa ... sejak akhir2 ni aku asyik mendung je... orang kata bila berumur mmg mcm ni.. iye ke? emm x suka la perasaan mcm ni..  bila disuruh gambarkan perasaan  sekrg umpama mendung nk hujan tu tp x hujan2 hahaha... terasa nk lari ke hujung dunia kejap lari dr semua orang duk diam2 renung diri sendiri.. tp x boleh sbb satu duit tarak dua x leh cuti pnjg sob3 ... ini la nasib keje swasta nak buat mcm mne .. terasa nk pg kelas motivasi pon ada ni... hurm aku boleh mngeluh je la... tp sejak akhir2 ni aku kerap marah aiyoo habit x elok tu.. kerap je naik angin dengan bos aku pon aku angin jgk... bile di

Group Pening

Image
Assalammualaikum haha nama post je pon dah lawak... ahli2 group ni lg la lawak.. ni la nama perniagaan dodol omak den kui3 amacam comel tak ( wink2) ni nk cerita pasal dodol lg.. aku rasa pon dh penat cerita pasal dodol tp kali ni lain skit.. nk introduce ahli2 group ni jeng3.. dan nk cerita sikit proses2 mengacau dodol  pada suatu masa dahulu kala (byk la dahulu kala ko) hihi.. dodol ni asalnya aku pon x tahu kih2 nk tau tnya je kt pakcik google mesti dia tau punye pilih je mana korang nk baca .. dodol ni resipi mak turun menurun kot entah aku pon x tau ..dlm ingatan aku la nenek aku asalnye yg buat dodol lepastu diturunkn pada mak aku cengitu la cito eh.. lebih lanjut takdo la den ingat bonar.. resipi nk buat dodol ni sonang la bebonar yo cik kak.. 3 bahan utama tepung pulut , santan, gula.. kalau x silap den la hihi bab tepung tu kurang pasti skit nk tanyo mak maleh plak hihi.. tp proses die omak aih lamo dan susah tu den yg mudo ni pancit nk ngacau .. lombik org nogori cak

Detox ur body

Image
Assalammualaikum.. hari ni nk cerita tentang satu produk keluaran dari kinohimitsu.. ini bukan iklan berbayar okey (wink2) sebenarnya saje nk try detox toksin dlm badan , almaklum la bila sibuk kita jarang dpt beriadah .. habis je keje terus balik rumah rehat2 lepastu tido (amboi anak dara ni) jd badan rasa lesu x bertenaga .. (sob2 nk jogging dlm kg malu, nk pg gym jauh mahal plak tu) so try research dgn pak cik google mane satu produk yg bagus.. sebenarnya banyak yang bagus tp x padan pulak dgn poket kosong ni.. dan akhirnya beli yg sedang2 ni x mahal x murah.. biasa ubat detox yg bagus dlm 2 ratus lebih O.O mahal tu jd Kinohimitsu D'tox Program menjadi pilihan ku dalam kotak ni ada 2 jenis iaitu Kinohimitsu Japan D'tox Juice Plum dgn Kinohimitsu Jpan D'tox Tea ini lah yg dibeli dari guardian RM79.90 gigih pg beli hahaha utk pengetahuan korang beli la perisa plum sbb perisa ni boleh diterima tekak kalau perisa lain terasa sgt pahitnya.. perisa plum ni masam2 pahit bo

Life update at 26

Image
Assalammualaikum... yeay 1 mac 1989 aku dilahirkan dan skrg dh 26 tahun ... oohhh mm gee igtkan muda lagi hihihi.. rasa baru je lepas spm (perasan sgt tu) bila umur dah makin bertambah makin banyak la pengalaman kita tentang hidup .. dan pastinya tahun ni aku terasa lebih kental .. alhamdulillah hasil didikan dan kasih sayang dr keluarga dan sokongan dari rakan2 itu yg telah menjadikan aku yg sekarang.. dengan kejayaan sekarang syukur kepadaNYA aku mampu berdiri sendiri , dan yes 26 masih banyak lagi perjalanan yg perlu aku tempuh malah mungkin lebih berliku dari sekarang (ayat dh mcm sasterawan plak rasanya) dan x sangka pulak dah 5 tahun umur blog aku ni, hihihi blogger capuk je .. tp bile tgk post2 yg lama2 tu rasa mcm malu nk baca huhuhu yela baru nk start berkarya (karya la sangat) ayat pon tunggang langgang lagi, merapu meraban je kejenye yelah time tu mcm best tgk post byk dlm belog tu hahaha .. last2 blog ni mcm buku catatan simpanan maklumat jgn bagi aku lupa hahaha .. nnt dh

PTPTN - hutang dunia

Image
assalammualaikum.... so mcm biasa just bg tau hari ni awal2 pg dh settle urusan ptptn... bg kedua2 pinjaman .. pergh sakit mata den tengok total hutang ..uwaaaa baru start bayar 2 bln je.. tp tuk satu akaun je satu lagi ragu2... tp nasib la ragu2 kdg2 hati kita ni pandai bg hint ..rupa2nya lg satu akaun tu x update no yg ada ujrah huhuhu so td call ptptn mntk ckp dgn pegawai hampir 5min jgk la tgu sambil dengar lagu ptptn ..waduh2 sedap plak dengar kih3.. nasib tergerak nk call ptptn ..lepas tu dh confirm no offer letter .. dan confirm la no yg lama tu tidak boleh diguna pakai ...kalau bayar ape cer.. huhu x tau den nk kobar kn.. so pengajaran sila call ptptn tuk pengesahan no offer letter .. no offer letter ni untuk pembayaran online .. disebabkan aku ni jenis susah nk keluar lg2 waktu ofis aku lebih prefer online sbb jimat masa.. mula2 igt nk try e-fes yg dekat website ptptn tu rupa2nya hanya untuk pembiayaan konvensional bkn utk pembiayaan ujrah.. selesai je dpt no offer letter